Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airasia flight kapal terbang refund

Anda Kini Boleh Bayar Zakat Dengan IKHLAS Di Langit

Diterbitkan April 13, 2023 · Dikemas kini April 13, 2023 oleh ariff bukhari

Untuk memudahkan penumpang Islam membuat bayaran zakat dalam penerbangan AirAsia, Ikhlas Com Travel Sdn Bhd (IKHLAS) kini melancarkan inisiatif Zakat di Langit.

Ia merupakan perkhidmatan memudahkan pembayaran Zakat termasuk zakat fitrah dilaksanakan ketika penumpang beragama Islam dalam penerbangan pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Sebagai ejen kutipan zakat berlesen, kami diberi kebenaran untuk mengutip semua jenis zakat menerusi semua platform IKHLAS termasuk aplikasi mudah alih, laman web dan alternatif lain termasuk kaedah terbaru yang kami lancarkan dengan usahasama AirAsia iaitu Zakat di Langit.” Ketua Pegawai Eksekutif IKHLAS, Ikhlas Kamarudin.

Anda Kini Boleh Bayar Zakat Dengan IKHLAS Di Langit

Penumpang AirAsia boleh membuat bayaran zakat fitrah secara tunai kepada anak-anak kapal yang mewakili IKHLAS dengan pilihan untuk disalurkan kepada Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) atau Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Sehingga kini IKHLAS berjaya mengumpul kutipan zakat lebih RM5.2 juta sejak mula memperkenalkan perkhidmatan itu pada 2020 dahulu.

Berkaitan

  • Senarai ATM Maybank Untuk Tukar Duit Raya 2023
  • Pelan Unifi 2Gbps Didedah, Akan Berharga RM459/bulan
  • Maxis Tawar Pelan 1Gbps Dengan Harga RM189/Bulan

Sumber: AirAsia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY