Anda Boleh Miliki Robot Sebenar Seperti 'Gundam' Ini Pada Harga ~RM14 Juta

Jika anda peminat tegar Gundam dan berkemampuan, anda mungkin mahu memiliki robot boleh berubah bersaiz sebenar ini.

Dibangunkan oleh sebuah syarikat pemula dari Jepun, robot yang dikenali sebagai ‘Archax’ ini dijual pada harga $3 juta (~RM14 juta). Masa menunggu bagi mendapatkan robot ini tiba ditangan anda pula mengambil masa antara 12 hingga 18 bulan sahaja.

"ARCHAX" sememangnya kelihatan seperti siri anime popular Jepun Gundam. Setinggi 4.5 meter dan seberat 3.5 tan robot ini akan membuat kemunculan rasminya di Pameran Mobiliti Jepun pada akhir bulan ini.



"Jepun sangat mahir dalam animasi, permainan, robot dan kereta jadi saya fikir adalah bagus jika saya boleh mencipta produk yang memampatkan semua elemen ini menjadi satu." Ryo Yoshida, Ketua Eksekutif Tsubame Industries yang telah membina robot dan prostetik sejak kecil.

Kapsyen: Ruang kokpit ARCHAX.


ARCHAX boleh bergerak ke hadapan dengan dua roda dan bertukar menjadi kenderaan bergantung pada rupa bumi yang diarahkan untuk ditinjau. Robot itu dimuatkan dengan sensor dan sembilan kamera supaya pengendalinya boleh menggerakkannya dari dalam kokpit yang dimuatkan dengan empat skrin paparan dan juga penghawa dingin.

ARCHAX akan tersedia dalam enam pilihan warna - Sapphire Blue, Pearl White, Spark Red, Atlantis Green, dan Midnight Purple.

https://www.youtube.com/watch?v=hdEWh3iGv18

{suggest}

Sumber: Yanko Design, Tsubame