Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ancaman siber

Ini Tiga Ancaman Siber Tertinggi Di Asia Pasifik

Diterbitkan Julai 23, 2025 · Dikemas kini Julai 23, 2025 oleh Amsyar Latif

Asia Pasifik kini menjadi sasaran utama serangan siber global. Menurut laporan GSMA, rantau ini menyumbang sebanyak 34 peratus insiden keselamatan siber di peringkat global pada tahun 2024, angka tertinggi di dunia. Sebagai negara yang semakin aktif dalam ekonomi digital dan pelaksanaan 5G, Malaysia tidak terkecuali daripada risiko ini.

Dengan pertumbuhan pesat dalam penggunaan peranti mudah alih dan sambungan IoT, permukaan serangan semakin luas.

Ini menjadikan rangkaian mudah alih bukan sahaja sebagai sasaran, tetapi juga sebagai saluran untuk menjejaskan sektor penting lain seperti perbankan, kesihatan, dan pengangkutan.

Antara ancaman utama yang dikenal pasti di Asia Pasifik ialah phishing dan smishing (85%), serangan ransomware (75%), dan serangan terhadap rantaian bekalan (55%).

ancaman siber

Ini termasuk teknik yang lebih kompleks seperti serangan “living off the land”, di mana penyerang menggunakan alat sah dalam sistem untuk menjalankan eksploitasi.

Di Malaysia, operator rangkaian telah mula melaksanakan langkah pencegahan termasuk pemodelan keselamatan zero-trust dan peningkatan protokol penyulitan data, selaras dengan kehendak Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).

Walaupun belum disebut secara spesifik dalam laporan GSMA, Malaysia turut berada dalam senarai negara yang menyokong inisiatif Open Gateway GSMA, yang menggunakan API standard untuk pengesahan identiti dan mengurangkan risiko penipuan digital.

Dalam masa yang sama, cabaran utama kekal pada aspek kesedaran pengguna dan latihan keselamatan. Serangan seperti phishing masih wujud kerana manipulasi psikologi pengguna yang kurang peka terhadap mesej atau pautan mencurigakan.

Oleh yang demikian, pengguna sendiri juga perlu sentiasa berwaspada apabila berada di dalam talian. Jangan mudah berkongsikan data peribadi mahupun menekan pautan yang tidak dikenalpasti penghantarnya.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Pengguna iPhone Kini Boleh Uji Prestasi Internet Dengan Aplikasi Rasmi MCMC NEXUS
  • Malaysia Catat 76% Penggunaan Internet Mudah Alih, Tapi Jurang Masih Ketara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY