Hanya Jual Selfie Sendiri Setiap Hari Dalam Bentuk NFT, Pemuda Ini Berjaya Kumpul Untung RM403,648

NFT adalah merupakan aset digital unik yang disimpan dalam rantaian blok.

Ia kini semakin popular ditambah lagi dengan ramai individu ternama Malaysia menunjukkan minat untuk berjual beli di platform NFT seperti OpenSea.

Mungkin ada pembaca yang mahu berjinak-jinak dengan NFT tetapi tidak tahu untuk menjual apa.

Apa kata cuba jual selfie sendiri? Mana tahu boleh laku.

Inilah yang dilakukan oleh pemuda di Indonesia @Ghozali_Gazalu yang mencuba nasib menjual selfie beliau yang diambil setiap hari dalam bentuk NFT di platform OpenSea.

Profil beliau di OpenSea, Ghozali Everyday memperlihatkan beliau sudah menyenaraikan sebanyak 933 gambar iaitu koleksi selfie dari tahun 2017 sehinggalah ke hari ini.



Jika dilihat mana-mana gambar, ia hanyalah sekadar gambar selfie di depan komputer setiap hari. Namun beliau juga agak terkejut kerana masih ada yang tetap membeli gambar beliau yang rata-ratanya berharga 0.22 ETH (harga lantai) atau RM3,077 mengikut tukaran semua (ketika ditulis).

Apabila dimuat naik ke Twitter mengenai kegiatan beliau melakukan bisnes selfie, ramai yang menyambut baik idea ini dan turut juga menyokong apa yang dilakukan oleh Ghozali Everyday.

https://twitter.com/Ghozali_Ghozalu/status/1480747434892357632

Ada juga yang memuji kerajinan beliau untuk mengambil gambar dan memuat naiknya ke platform OpenSea disebabkan pada awalnya 'projek' itu tiada sambutan orang ramai.

Menurut salah satu komen balas individu @FebriTriHarmoko, dikatakan ketika artikel ini ditulis, Ghozali telah mencatat keseluruhan pendapatan sebanyak RM403,648.57 dan ia semakin meningkat disebabkan perkongsian NFT beliau di Twitter.

https://twitter.com/FebriTriHarmoko/status/1481333588641849346

Dengan semakin ramai yang menulis dan berkongsi cerita beliau, sudah tentu semakin murah rezeki beliau.

Ini sememangnya perkara yang sering berlaku dalam dunia kripto - di mana apa yang anda lakukannya kebiasaannya akan mendapat sokongan ramai dalam komuniti ini.

Mungkin anda boleh cuba jual selfie sendiri juga. Belum cuba belum tahu laku, kan?

Sumber: Ghozali_Ghozalu

Baca juga: