Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Bank Dunia Arah El Salvador Untuk Buang Bitcoin Dari Jadi Matawang Sah

Bank Dunia Arah El Salvador Untuk Buang Bitcoin Dari Jadi Matawang Sah

Diterbitkan Januari 26, 2022 oleh Meor Hasyim

El Salvador pada ketika ini adalah satu-satunya negara dunia yang menjadikan kriptowang Bitcoin sebagai matawang sah.

Keputusan itu dibuat pada Setember 2021 oleh Presiden El Salvador Nayib Bukele seterusnya mula membeli Bitcoin sekitar harga $50,000 pada bulan Oktober 2021.

Bank Dunia Arah El Salvador Untuk Buang Bitcoin Dari Jadi Matawang Sah
Presiden El Salvador – Nayib Bukele

Namun, dengan harga Bitcoin yang kembali turun, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mula menggesa El Salvador untuk membuang Bitcoin dari menjadi matawang yang sah.

Menurut IMF yang dianggotai oleh 190 negara seluruh dunia, ketidakstabilan harga Bitcoin terdedah mendedahkan risiko tinggi kepada integriti kewangan dan juga individu.

Dikatakan El Salvador pernah meminta untuk meminjam wang dari IMF, namun penggunaan dan pembelian Bitcoin ini menjadi isu utama disebabkan apabila harga sandaran Bitcoin jatuh sudah tentu wang yang dipinjam itu kurang nilainya.

Ketidakstabilan harga Bitcoin juga menyukarkan El Salvador untuk meminjam dari IMF pada masa hadapan jika berlaku apa-apa pada negara mereka.

Harga Bitcoin ketika ini belum lagi menyembah bumi namun membawa kembali memori pada tahun 2018. Dari bernilai $69,000, sekarang ini Bitcoin hanya bernilai $36,000 sahaja.

Bank Dunia Arah El Salvador Untuk Buang Bitcoin Dari Jadi Matawang Sah
Harga Bitcoin yang jatuh ketika ini

Seiring dengan itu, pasaran nilai kripto juga mengalami penurunan mendadak sehingga hilang $1 trilion.

Sumber: Al Jazeera

Baca juga:

  • Terjun Gaung, Nilai Pasaran Kriptowang Hilang Lebih Dari $1 Trillion
  • Kelemahan Sekuriti OpenSea Punca NFT Bernilai Lebih 1$ Juta Dicuri Penggodam
  • Hanya Jual Selfie Sendiri Setiap Hari Dalam Bentuk NFT, Pemuda Ini Berjaya Kumpul Untung RM403,648

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY