AMD Yakin Mampu Mengatasi Nvidia Sepertimana Mereka Mengatasi Intel

AMD merancang untuk menguasai pasaran permainan 4K.


Firma pengeluar cip pemprosesan utama dan cip pemprosesan grafik komputer, AMD mensasarkan untuk menguasai pasaran permainan 4K dengan menawarkan barisan cip pemprosesan grafik Radeon (GPU) bagi mengatasi barisan model kad grafik yang dikeluarkan oleh Nvidia.

Malah AMD memberitahu bahawa mereka akan mampu mengatasi Nvidia sepertimana mereka mengatasi jualan cip pemprosesan Intel tahun lalu.

Keyakinan itu dinyatakan oleh Mithun Chandrasekhar, Ketua Pengurus Produk Grafik Radeon, seperti dilaporkan oleh laman PC GamesN.

With the Radeon 5000-series we are essentially covering 90-something-percent of the total PC gamers today. And so that’s the reason why no 4K right now, it’s because the vast majority of them are at 1440p and 1080p. That doesn’t mean a 4K-capable GPU isn’t coming, it is coming, but for here and now we want to focus on the vast majority of gamers.” Mithun Chandrasekhar.

AMD pada tahun lalu telah pun berjaya menguasai pasaran cip pemprosesan utama (CPU) daripada Intel. Berdasarkan pdata dari Danawa Research tahun lalu, jumlah unit cip pemprosesan utama (komputer meja) yang ditawarkan AMD Ryzen telah melebihi jumlah unit cip pemprosesan Intel Core.

Beberapa minggu lalu juga, AMD telah pun mengumumkan kehadiran model terbaru kad grafik Radeon 5600 XT bagi mengatasi dominasi kad grafik Nvidia 1080p GTX 1060.