Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

AMD Radeon RX 6400 Dilancarkan – Prestasi Setanding GTX 1650

Posted on April 22, 2022

AMD telah melancarkan kad grafik komputer kelas permulaan Radeon RX 6400 dengan tanda harga jualan USD159 (bawah RM1,000 dipasaran Malaysia). Ini membuatkan RX 6400 kad grafik yang paling berpatutan dalam siri RX 6000.

Amd Radeon 6400

RX 6400 menggunakan seni bina Navi 24 dengan pemproses 6nm yang sama digunapakai oleh RX 6500 XT. Selain itu, ia mempunyai 768 unit Shader dan penggunaan kuasa sekitar 53 watt.

AMD mengatakan RX 6400 mempunyai prestasi lebih berkuasa daripada GTX 1050 Ti dan GTX 1650 tetapi memerlukan kuasa yang lebih rendah. Prestasi ini sangat sesuai dengan pemain permainan komputer yang kasual dan sederhana.

Selain itu, AMD juga menyatakan Radeon RX 6400 boleh mencapai kadar segar semula sekitar 60fps untuk sebarang permainan terkini. Namun, permainan yang memerlukan pemprosesan grafik tinggi memerlukan tetapan grafik yang rendah.

Sumber: PCgamer

Baca juga:

  • Intel Gen-12 Laku Keras, AMD Terpaksa Kurangkan Harga Ryzen Siri 5000
  • RX 6950 XT Mungkin Akan Jadi GPU ‘Mainstream’ Paling Mahal
  • 3 Jenama Besar Telah Turunkan Harga Kad Grafik Mereka

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress