Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sony xperia 1 v

11 Mei 2023 Jadi Tarikh Pelancaran Sony Xperia 1 V

Diterbitkan April 28, 2023 · Dikemas kini Mei 2, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Selepas hampir setahun Xperia 1 IV dijual, kini Sony dijangka akan mengumumkan model baharu iaitu Sony Xperia 1 V pula pada 11 Mei 2023, waktu Jepun.

sony xperia 1 v

Memandangkan acara ini bermula pada jam 1PM waktu Jepun, ini bermakna kita di Malaysia dapat tontonnya di saluran YouTube Sony Xperia pada jam 12 tengah hari.

Kalau ikutkan sejarah siri Xperia 1 dan ura-ura, ia masih akan mewarisi DNA seperti format paparan 21:9, mempunyai bicu 3.55mm dan hadir dengan bucu yang petak.

sony xperia 1 v

Selain itu, telefon ini juga mungkin dijana cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 di dalamnya dan laporan sebelum ini ada mengatakan ia boleh menjadi telefon ternipis yang guna cip ini.

sony xperia 1 v

Peranti ini juga barangkali datang dengan skrin OLED bersaiz 6.5 inci bersama bateri 5000mAh.

Macam biasa, tumpuan utamanya semestinya kamera. Kemungkinan Xperia 1 V ini tampil dengan 12MP utama, 12MP periskop dan 48MP ultralebar.

sony xperia 1 v

Dalam twit oleh SonyXperia, ia mengatakan “Next-gen Sensor. Next-gen Imaging.” Oleh itu, kita dapat jangka ia akan menggunakan sensor baharu dan mungkin bersama teknologi pemprosesan baharu atau ditambah baik.

Berkaitan

  • Mengenang Siri Xperia NXT, Tugu Kecil Kegemilangan Sony Bersama Android
  • Sony Mungkin Perkenal Xperia Pro Dengan Sensor Kamera IMX903
  • Sony Berhasrat Kembalikan Semula Siri Xperia 'Gaming'
  • Sony Xperia 1 V Tertiris, Mungkin Ini Rekaan Dan Spesifikasinya
  • Asus ROG Ally Akan Dilancarkan Pada 11 Mei Depan

Video di bawah menunjukkan tubuh sebuah peranti yang dipercayai Xperia 1 V ini.

Selain Xperia 1V, Sony juga mungkin akan turut umumkan Xperia 10 V seperti dilakukannya tahun lalu.

Sumber: Sony, XDA Developer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY