Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tech and AI industry leaders hold All In 2026 summit in Montreal

AMD Capai Penilaian $1 Trilion, Tapi Masih Jauh Di Belakang Nvidia

Diterbitkan September 25, 2026 oleh ariff bukhari

Syarikat cip AS, AMD, menjadi ekuiti terbaharu yang mencapai penilaian $1 trilion pada Isnin berikutan lonjakan pelaburan secara besar-besaran dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Mendekati jam 1510 GMT, saham AMD melonjak 9.4 peratus kepada $612, sekali gus meluaskan lonjakan yang telah menambah penilaian kira-kira $200 bilion kepada syarikat semikonduktor berkenaan dalam tempoh seminggu.

Syarikat yang berpangkalan di California itu, yang telah mengumumkan usaha sama dengan OpenAI dan Anthropic, mencatatkan peningkatan hasil suku kedua sebanyak 50 peratus berbanding peringkat tahun sebelumnya kepada $11.5 bilion, hasil daripada pendapatan pusat data yang meningkat lebih dua kali ganda.

Semasa mengeluarkan keputusan pada awal Ogos, AMD menyatakan bahawa ia menjangkakan jualan pusat data akan memecut pada separuh kedua tahun 2026.

Meskipun dengan lonjakan terbaharu ini, penilaian AMD masih berada di belakang syarikat cip pesaingnya, Nvidia, yang dianggap sebagai peneraju utama dalam bidang kecerdasan buatan.

Penilaian Nvidia kini menghampiri $5.5 trilion. – AFP

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • AMD Akan Labur Sehingga AS$5 Bilion Dalam Anthropic, Perkukuh Kerjasama Infrastruktur AI
  • Pengecas Pantas Geely Atasi BYD, Cas EV Dari 10% Ke 97% Hanya 8 Minit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Hantar Emel Permohonan Maaf Kepada Staf NVIDIA, Akui Sedang Disiasat Oleh NVIDIA Sendiri
  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
©2026 WISER.MY