Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Key Visual – Pay smart with your home e-wallets

Alipay+ Sedia Menyambut Ledakan Pelancong Pada Tahun Baharu Cina

Diterbitkan Januari 30, 2024 oleh ariff bukhari

Negara-negara seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan lain-lain telah menawarkan kemasukan tanpa visa kepada pelancong China.

Seiring dengan cuti Tahun Baru Cina 2024 yang akan bermula pada 10 Februari nanti, tempahan perjalanan keluar dari China telah melonjak lebih 10 kali ganda berbanding tahun 2023.

Susulan itu, platform pembayaran mudah alih rentas sempadan, Alipay+ mengumumkan bahawa mereka bersedia untuk menyokong ledakan pelancong membuat pembayaran secara dalam dan luar talian sempena dengan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.

Setakat Januari 2024, e-dompet dan aplikasi perbankan yang bekerjasama dengan Alipay+ termasuklah Touch ‘n Go eWallet (Malaysia), Alipay (China), AlipayHK (Hong Kong SAR, China), GCash (Filipina), TrueMoney (Thailand), OCBC Digital (Singapura) dan sebagainya.

Jadi, pelancong antarabangsa dapat membayar secara dalam dan luar talian dengan aplikasi pembayaran negara asal mereka di seluruh dunia secara mudah dan selamat.

Bagi menjadikan aplikasi Alipay sebagai pilihan utama pelancong China di seluruh dunia, Alipay telah mewujudkan kadar pertukaran yang telus dan kompetitif, pakej data perayauan percuma atau berdiskaun, serta kemudahan panggilan telefon dalam aplikasi di semakin banyak destinasi.

Di Malaysia, kompleks beli-belah bersedia menyambut kenaikan pengunjung asing, manakala di Thailand, hampir 1 juta pelancong asing dijangka akan menjana 28.4 bilion baht (sekitar US$800 juta) untuk ekonomi tempatan, dengan pelancong dari China dan Hong Kong SAR dijangka menyumbang kepada ketibaan tertinggi. 

Berkaitan

  • 7-Eleven Terima Pembayaran Melalui AlipayHK, GCash, Kakao Pay Dan TrueMoney
  • Ini Senarai 10 e-Dompet Yang Sudah Boleh Digunakan Di China
  • LOKATAG Pro, Peranti Pembaca Tol Dengan Kamera Dan GPS Terbina Berharga RM1,799

Sumber: Siaran media Alipay

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY