Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aurora 1

Alienware Perkenal Alienware Aurora Baharu

Diterbitkan Oktober 21, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Pertama kali diperkenalkan pada 2004 sebagai Aurora ALX, model terbaharu Aurora hadir dengan rekaan “open-air” di mana komponen dalaman dikatakan lebih teratur lantas mempunyai pengudaraan dan pengurusan kabel yang lebih terurus untuk pengalaman permainan yang lebih baik.

Rekaan “open-air” pada model terbaru ini memberikan isi padu menara yang lebih besar yang memberikan pengudaraan yang lebih efisien dan profil akustik yang lebih rendah serta menghasilkan prestasi grafik yang ditingkatkan sebanyak 5%.

Selain itu, ia juga menyokong sehingga empat kipas bersaiz 120mm dan pilihan penyejukan cecair membolehkan “desktop” terus berfungsi dengan suhu rendah. Alienware Aurora mengoptimasikan kecekapan pengudaraan yang tinggi melaluiĀ saluran udara berbentuk sarang lebah (honeycomb-shaped).

Untuk pertama kalinya juga, Alienware menawarkan panel kiri lutsinar bersama tetingkap untuk papan induk (motherboard) baru yang gelap dan diterangi lampu AlienFX yang boleh dikawal.

DenganĀ harga RM8,899, ia boleh didapati hujung Oktober ini dengan spesifikasi permulaan:

  • 12th Gen i5-12600KF
  • 16GB RAM
  • 512GB SSD
  • NVIDIA GeForce RTX3060
  • Windows 11

Sumber: Siaran Akhbar Alienware

Baca juga:

  • Sebanyak 129 Model Peranti Dell Berisiko Berdepan Serangan Kawalan BIOS
  • Senarai PC Yang Tersedia Dengan TPM 2.0 Dan Menyokong Windows 11
  • Alienware R11 Dengan RTX 3080 Sendiri Dan Monitor Gaming Akan Tiba Di Malaysia

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY