Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aw3821dw_aurora-rkl_aw610m_aw510k_aw510h_full ecosystem

Alienware R11 Dengan RTX 3080 Sendiri Dan Monitor Gaming Akan Tiba Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 13, 2020 oleh Amsyar Latif

Alienware sememangnya dikenali dengan produk-produk gaming mereka. Alienware baru-baru ini mengumumkan produk terbaharu mereka iaitu Alienware Aurora R11 dengan tiga monitor gaming – Alienware 25, Alienware 27 dan Alienware 38.

Alienware Aurora R11

Alienware R11 Dengan RTX 3080 Sendiri Dan Monitor Gaming Akan Tiba Di Malaysia

Desktop Aurora R11 ini hadir dengan kad grafik GeForce siri RTX 30 yang direka sendiri oleh Alienware. Ia dijana dengan cip pemproses sehingga Intel Core i9 10900KF Gen-10.

Kad grafik yang dimuatkan dalam desktop ini direka dengan penyejukan yang baik, aliran udara yang unik serta kecekapan yang maksimum.

Alienware R11 Dengan RTX 3080 Sendiri Dan Monitor Gaming Akan Tiba Di Malaysia

Reka bentuk thermal yang baharu pada kad grafik ini merangkumi paip haba tembaga quad 10mm yang disatukan dengan ruang wap.

Ia juga mempunyai reka bentuk kipas paksi dengan pelepasan tekanan pada bahagian belakang. Hadir dengan rekaan yang pendek (berukuran 267mm), slot PCI 2.5x dan menawarkan penyambung kuasa 8-pin PCI-Express.

Monitor Gaming Alienware

Monitor gaming dari Alienware ini ditawarkan dengan tiga saiz iaitu 24 inci, 27 inci dan 38 inci.

aw2521h_front shot_angled up
aw2521h_back shot_left

Monitor gaming Alienware 25  (AW2521H) hadir dengan skrin bersaiz 24.5 inci. Ia menawarkan kadar segar semula 360Hz, masa tindak balas 1ms GTG, resolusi FHD dan NVIDIA Reflex Latency Analyzer.

Analyzer ini berfungsi sebagai sistem pengukur latency yang akan mengenal pasti klik pada tetikus dan mengukur masa yang diperlukan untuk piksel yang dihasilkan pada skrin.

Ia menyokong tetikus daripada Alienware termasuk AW310M, AW510M dan AW610M.

aw2721d_front shot_angled up_logo
aw2721d_back shot_left

Alienware 27 (AW2721D) pula menawarkan kadar segar semula 240Hz dengan resolusi QHD serta masa tindak balas 1ms GTG.

Ia juga mempunyai penarafan NVIDIA G-Sync Ultimate dan Vesa DisplayHDR 600. Paparannya hadir dengan IPS Nano Colour untuk memberikan warna yang baik dengan konsisten daripada pelbagai sudut.

aw3821dw_front shot_angled right
aw3821dw_back shot_left

Sementara Alienware 38 (AW3821DW) hadir dengan skrin bersaiz 37.5 dengan paparan IPS Nano Colour serta monitor yang melengkung.

Ia menggunakan resolusi WQHD+ serta penarafan NVIDIA G-Sync Ultimate dan VESA DisplayHDR 600.

Buat masa sekarang, tiada lagi harga rasmi bagi kesemua produk ini. Namun, Aurora R11 akan tiba pada pertengahan Oktober ini. Manakala monitor gaming pula tiba pada penghujung November 2020.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY