Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Akuarium Berharga RM61 Juta Pecah, 1500 Ekor Ikan Mati

Akuarium Berharga RM61 Juta Pecah, 1500 Ekor Ikan Mati

Diterbitkan Disember 19, 2022 oleh ariff bukhari

Sebuah akuarium gergasi yang terletak di dalam sebuah hotel di Berlin, Jerman dilaporkan telah pecah sehingga mengakibatkan ribuan ekor ikan yang dianggarkan berjumlah 1,500 ekor mati.

Malah hampir sejuta air yang terdapat di dalam akuarium itu juga turut membanjiri hotel serta merosakkan kawasan berhampiran.

Akuarium yang dikenali sebagai AquaDom itu teerletak di dalam lobi hotel Radisson Blu di Berlin. Ia merupakan akuarium terbesar di dunia dengan ketinggian 15.85m meter.

Akuarium itu dianggarkan mengandungi lebih daripada 100 spesis ikan.

Di bawah adalah keadaan akuarium dalam keadaan sempurna.

Di bawah pula adalah rakaman video keadaan akuarium itu selepas insiden yang dilaporkan oleh laman USA Today.

Dalam perkembangan berkaitan, syarikat AS yang membantu membina akurium itu dilaporkan akan menghantar pasukan penyiasat bagi menyiasat punca insiden tersebut.

Syarikat itu, Reynolds Polymer Technology menerusi satu kenyataan melalui e-mel menyatakan bahawa “pada ketika ini, terlalu awal untuk menentukan faktor atau faktor yang akan menghasilkan kegagalan sedemikian.”

Syarikat itu adalah pihak yang mengeluarkan dan memasang komponen silinder tangki AquaDom 20 tahun yang lalu.

Berkaitan

  • Pengendali Stesen Pengecas Elektrik Perlu Ada Lesen Sebelum 31 Mac 2023
  • vivo X90 Mungkin Sedia Untuk Pasaran Antarabangsa Pada Januari 2023
  • MCMC: Henti Sebar Video Tiga Beradik Maut Akibat Renjatan Elektrik

Tangkap layar: usatoday

Sumber: usatoday, BBC News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY