Roket Elon Musk Mungkin Telah Menebuk Lubang Pada Ionosfera Bumi - Kajian

Roket yang dilancarkan oleh SpaceX milik Elon Musk minggu lalu dari California mungkin telah menebuk lubang di ionosfera Bumi, menurut analisis baharu.

Penilaian menunjukkan bahawa roket Falcon 9 yang dilancarkan pada 19 Julai dari Pangkalan Tentera Angkasa Vandenberg di California, mungkin menebuk lubang di ionosfera - lapisan di sekeliling Bumi yang terdiri daripada plasma keadaan jirim keempat, dengan laut zarah bercas elektrik terapung pada kira-kira 80-650km (50-400 batu) di atas permukaan.

Berdasarkan kepada rakaman daripada pelancaran itu, ahli fizik angkasa lepas Jeff Baumgardner dari Boston University, Amerika Syarikat berkata, bahawa "lubang" di ionosfera itu "agak mungkin" dibuat oleh pelancaran itu.

"Ini adalah fenomena yang dikaji apabila enjin roket membakar 200 hingga 300 kilometer (sekitar 120 hingga 190 batu) di atas permukaan Bumi," Jeff Baumgardner.

Penyelidikan terdahulu telah menunjukkan bahawa dengan peningkatan jumlah pelancaran roket di seluruh dunia, lubang-lubang tersebut menjadi lebih biasa di ionosfera.

Lubang "ditebuk" dalam ionosfera oleh roket dikenal pasti dengan warna merah kerana ion oksigen dalam lapisan ini bertindak balas dengan elektron dari ekzos roket.

Pelancaran roket SpaceX sebelum ini iaitu Roket SpaceX Falcon 9 yang dilancarkan pada Ogos 2017 dahulu juga didapati telah menyebabkan lubang pada ionosfera.

Ketika itu roket tersebut membawa satelit Formosat 5 Taiwan mencetuskan yang telah mencetuskan "gelombang akustik kejutan bulat gergasi" dalam ionosfera kira-kira lima minit selepas ia berlepas.

{suggest}

Sumber: The Independent