Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MOSTI Melancarkan 2 Inisiatif Nasional  Bagi Melonjakkan Bidang Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara

MOSTI Melancarkan 2 Inisiatif Nasional Bagi Melonjakkan Bidang Sains, Teknologi Dan Inovasi Negara

Diterbitkan Disember 11, 2020 oleh ariff bukhari

Baru-baru ini Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menerusi Menterinya, Khairy Jamaluddin telah melancarkan 2 inisiatif nasional bagi melonjakkan lagi bidang sains, teknologi dan inovasi negara.

2 inisiatif itu adalah Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MySTIE).

Menerusi 2 gabungan inisiatif ini, MOSTI akan memastikan kemajuan sains dan teknologi negara bergerak seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara.

Sekaligus bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berteknologi tinggi.

Dasar ini juga akan mengurangkan kebergantungan kepada teknologi luar dan buruh asing yang turut akan dapat membantu negara mencapai matlamat meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada RM3.4 trilion menjelang 2030.

MOSTI juga berkata, mereka akan memastikan bidang sains dan teknologi memberi manfaat kepada semua pihak secara inklusif tanpa ada pihak terpinggir dengan adanya pewujudan pusat komuniti sains dilokasi-lokasi strategik di kawasan bandar dan luar bandar yang akan dilaksanakan nanti.

Sumber: MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY