Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AEON Bank Dan Zurich Malaysia Bekerjasama Tawar Produk Patuh Syariah

AEON Bank Dan Zurich Malaysia Bekerjasama Tawar Produk Patuh Syariah

Diterbitkan Mei 20, 2024 · Dikemas kini Mei 20, 2024 oleh Athirah Isa

Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad (ZGTMB) menjalin kerjasama strategik dengan AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank) sebagai langkah untuk ke arah kewangan yang inklusif seiring dengan prinsip perbankan Islam.

Kolaborasi Zurich Malaysia dengan AEON Bank akan memberikan produk yang mematuhi Syariah bagi menjaga kesejahteraan peribadi dan kewangan pelanggan tempatan.

Perkongsian tiga pihak itu menandakan komitmen semua pihak terhadap penggunaan teknologi kewangan (fintech) dengan menawarkan produk pelindungan digital dalam ekosistem kewangan Islam Malaysia.

Berkaitan

  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Ketua Pegawai Operasi AEON Bank, YM Raja Teh Maimunah, berkata kolaborasi antara AEON Bank dan operasi takaful Zurich Malaysia pastinya bakal meneguhkan usaha ke arah menawarkan produk takaful patuh Syariah.

“Kolaborasi antara AEON Bank danoperasi takaful Zurich Malaysia pastinya bakal meneguhkan usaha ke arah menawarkan produk takaful patuh Syariah bagi rakyat Malaysia. Kami mengenalpasti bahawa terdapat jurang dalam pasaran pelan perlindungan mikro, maka dengan itu kami berazam untuk memudahkan akses kepada produk takaful yang mampu milik, supaya rakyat Malaysia boleh memastikan mereka mampu untuk melindungi insan tersayang serta dapat membantu menghadang musibah di waktu kesusahan. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Zurich Malaysia ke arah menjayakan komitmen bersama ini.”

Layari Zurich Takaful, Zurich General Takaful  dan AEON Bank untuk ketahui maklumat lanjut dari semasa ke semasa.

Sumber: Siaran Media AEON Bank Dan Zurich Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY