Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adobe Akan Tawarkan Versi Perisian Mereka Ini Secara Percuma Kepada Semua

Adobe Umum Aplikasi Web Percuma Untuk Lindungi Karya Pencipta Kandungan

Diterbitkan Oktober 9, 2024 ยท Dikemas kini Oktober 9, 2024 oleh ariff bukhari

Adobe hari ini mengumumkan aplikasi web percuma, Adobe Content Authenticity yang bertujuan untuk membantu pencipta melindungi dan mendapatkan pengiktirafan ke atas karya mereka melalui Content Credentials.

Content Credentials berfungsi seperti “label pemakanan” untuk kandungan digital, memberikan metadata selamat tentang pencipta dan proses penghasilan karya tersebut.

Ia merupakan inisiatif Adobe untuk menangani isu penyebaran maklumat palsu dan deepfakes yang dihasilkan AI.

Jadi, dengan aplikasi web ini, pencipta akan dapat melindungi karya mereka daripada penyalahgunaan dan salah representasi, membina ekosistem digital yang lebih telus dan boleh dipercayai.

Adobe Content Authenticity

Aplikasi ini membantu pencipta memelihara integriti karya mereka serta memberikan kejelasan kepada pengguna dalam ekosistem digital.

Aplikasi web Adobe Content Authenticity dibangunkan dengan kerjasama rapat pencipta, mengambil kira maklum balas dan ujian pengalaman pengguna.

Content Credentials sudah disokong dalam aplikasi Adobe Creative Cloud yang popular seperti Photoshop, Lightroom, dan Firefly.

Beta awam percuma bagi Adobe Content Authenticity ini akan tersedia pada suku pertama 2025 akan datang.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi web ini dan mendaftar awal di sini untuk dimaklumkan apabila ia tersedia.

Sementara versi beta percuma sambungan (extension) Content Authenticity untuk pelayar Google Chrome sudah tersedia mulai hari ini.

Berkaitan

  • Adobe Tayang AI Generatif Terbaru Untuk Premiere Pro, Jadikan Kerja Suntingan Video Lebih Pantas Dan Mudah
  • Dapat iPhone 16 Kedua Dengan Hanya RM1, Ini Caranya
  • Samsung Mohon Maaf Kepada Semua Kerana Kurang Inovasi

Sumber: Adobe

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY