Adam/343 Akan Menjadi Pemain Gantian Untuk Mineski Buat Masa Ini

343 atau nama sebenar Adam akan menjadi pemain gantian untuk Mineski buat masa ini.

Pada perlawanan Mineski yang lepas, Adam bermain menggantikan pemain Mineski, Nico 'eyyou' Barcelon.

Dalam masa yang sama, Mineski juga mengesahkan status Adam di dalam pasukan.

Mereka mengambil beliau hanya beberapa jam sebelum perlawanan dalam siri kelayakan Manila Masters bermula.

Perubahan itu hadir selepas 2 minggu Mineski membuat senarai penuh pemain mereka dan 2 hari selepas Adam keluar dari pasukan B)ears.

Dengan tiada pengumuman rasmi lain, peminat membuat spekulasi bahawa 'eyyou' telah keluar dari pasukan Mineski.

Semua pasukan masih boleh menukar pemain mereka sebelum mengunci senarai pemain dalam masa beberapa minggu lagi untuk tempat ke TI 7.

Sumber