Ada Perbezaan? Ini Apa Yang Baharu Pada iPhone SE Gen-3

iPhone SE generasi ke-3 telah pun selamat dilancarkan semalam. Jika kita lihat, tiada banyak perubahan yang dibawakan daripada iPhone SE Gen-2 sebelum ini namun mari kita bandingkan kedua-kedua peranti tersebut.



Dari segi rekaan, ia masih lagi sama dengan iPhone SE sebelum ini. Boleh dikatakan hampir semua spesifikasi masih lagi sama.

Pembaharuan yang paling ketara adalah iPhone SE Gen-3 kali ini menggunakan cip sama seperti yang terdapat pada barisan iPhone 13 iaitu A15 Bionic. Dengan penggunaan cip baharu ini, iPhone SE 3 mampu menawarkan prestasi yang baik dengan menggunakan kuasa yang lebih rendah.



Walaupun masih mengguna bateri sebesar 1,821mAh, ketahanan bateri ini adalah setanding dengan iPhone 12 mini dan 13 mini iaitu selama 15 jam. Untuk masa main video pula, ia mampu memberi 2 jam tambahan daripada iPhone SE Gen-2.



Satu lagi penambahbaikkan adalah iPhone SE 3 kali ini menyokong teknologi rangkaian 5G.

Untuk harga, iPhone SE Gen-3 ini dijual bermula RM2,099 di Malaysia. Harga ini meningkat sebanyak RM100 berbanding dengan iPhone SE Gen-2 yang dijual dengan harga bermula RM1,999 ketika dilancarkan.

Dengan penambahbaikkan yang dibawa kepada iPhone SE kali ini, adakah anda rasa berbaloi dengan harga yang ditawarkan?

Baca juga: