Astro Menyajikan Lebih 150 Kandungan Istimewa Sempena Merdeka Dan Ulang Tahun Ke-25

Bersempena dengan  Hari Kemerdekaan dan ulang tahun ke-25nya, Astro mengumumkan tema #KitaTeguhBersama dan melancarkan ‘Astro 25’ di Saluran 100, yang menyajikan program-program hiburan istimewa tempatan dan serantau, judul-judul terkini, filem-filem pecah panggung, dan seleksi dokumentari dari 16 Ogos hingga 3 Oktober 2021 di Astro TV, On Demand dan Astro GO. 

Antara judul-judul kandungan menarik yang akan ditayangkan itu adalah seperti dokumentari Tanah Tumpahnya Darah Kita dan We Are No Different, filem-filem terhebat tanah air seperti ‘Ola Bola’, ‘The Journey’, ‘Paskal’, ‘Polis Evo’, dan ‘Hantu Kak Limah’ dan banyak lagi.

Selain itu, filem yang turut akan ditayangkan nanti secara eksklusif menerusi Astro First (Saluran 480) pada 26 Ogos 2021 nanti adalah tayangan perdana ‘On Your Mark’.



‘On Your Mark’ berkisahkan tentang seorang bapa yang membantu anak kurang upayanya terlibat dengan acara marathon. Filem ini berjaya merekodkan kutipan keseluruhan sebanyak RM100 juta di China.

 “Tahun ini Astro berusia 25 tahun dan kami akan terus komited dalam usaha menyajikan rakyat Malaysia dengan seleksi kandungan yang penuh variasi, menggabungkan perkhidmatan-perkhidmatan penstriman terhebat seperti Astro GO, Disney+ Hotstar, HBO Go, iQIYI dan akan datang, Netflix. Kami akan terus mencipta tanda aras baharu dalam menerbitkan program-program tempatan terbaik dan rancangan siaran langsung demi menghiburkan rakyat Malaysia." Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan.

Sumber: Media Astro

Berkaitan