Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor

(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor

Diterbitkan Januari 19, 2019 · Dikemas kini Januari 20, 2019 oleh Helmi Samsuri

Siri Mi Mix cukup sinonim dengan penawaran skrin paparan berbezel nipis serta tanpa takuk.

Bila penyakit “takuk” mula menular ke sebahagian besar model-model 2018, syarikat pengeluar mula berikan “penawar” dengan mengetengahkan sistem kamera yang boleh disembunyikan seperti contoh OPPO Find X dan Vivo Nex.

(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor

Namun kaedah itu mungkin kurang menarik bagi Xiaomi dimana mereka menghidupkan semula tren yang sudah lama ditinggalkan, skrin yang boleh menggelongsor.

Untuk tidak membuang masa, mari kita lihat bedah siasat Xiaomi Mi Mix 3.

Rekaan luar mengimbau kenangan telefon dulu-dulu

Kalau dulu kita sudah lihat banyak telefon ‘slide‘ yang bila skrinnya digelongsor keatas papan kekunci terlihat. Tetapi sekarang lain pula ceritanya, tarik kebawah skrin, sistem kamera swafoto pula terlihat.

Rekaan luar Mi Mix 3 mengetengahkan dua elemen, skrin yang menggelongsor dan satu lagi rupa paras yang premium. Seperti keluaran sebelumnya, ia menggunakan panel belakang seramik dikelilingi kerangka aluminium dibahagian tepi.

(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor
(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor
(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor

Anda digalakkan memakai sarung pelindung kerana jika telefon pintar ini dibiarkan “bogel”, pegangannya agak licin. Bukan setakat skrin saja gelongsor, ia mungkin menggelongsor keluar daripada poket tanpa disedari kerana licin. Terasa sedikit berat tetapi kompak.

Mewarisi ciri-ciri Mi Mix terdahulu yang tidak bertakuk, skrin model yang berukuran 6.34 inci ini memberikan nisbah paparan 19.5:9 serta keluasan 93.4% bagi skrin-ke-badan.

(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor

Ia dari jenis Super AMOLED dan tidak perlulah kita bincangkan lagi hasil paparannya kerana semua sudah maklum, sudut pandangan, kecerahan dan perincian yang mengagumkan.

Fungsi lain yang terdapat disekitar skrin adalah notifikasi LED dan mikrofon kedua.

Bahagian kanan pula dilengkapi dengan pelaras kelantangan bunyi dan butang kuasa. Bawah pula kelihatan port pengecasan USB-C dimana sebelah kanan adalah pembesar suara mono manakala kirinya adalah fungsi mikrofon.

(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor

Seperkara lagi, tiada bicu audio 3.5mm disediakan. Sensor pengimbas cap jari berada dibelakang dan tidak jauh disudut kiri atas, adalah sistem kamera utama 12MP f/1.8 dan kamera kedua 12MP telefoto.

Disebalik skrin paparan, Xiaomi meletakkan fungsi kamera swafoto utama 24MP ditemani 2MP.

Skrin paparan dengan mekanisma gelongsor

Berbalik pada skrin paparan yang boleh ditolak tarik ini, Xiaomi menjanjikan ketahanan sehingga 300,000 kali buka tutup. Secara matematiknya, untuk penggunaan dua tahun ada boleh tolak tarik skrin sebanyak 410 kali dalam sehari.

(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor

Tetapi berdasarkan pengalaman kami menggunakannya, ia sedikit leceh kerana kadangkala bila mengeluarkannya dari dalam poket, skrin ini terbuka dengan tidak sengaja.

Apabila skrin ditolak kekiri kekanan, anda boleh dengar bunyi “ketap-ketap”. Ruang kecil antara skrin paparan dan badan telefon juga dilihat memerangkap sedikit habuk.

Tiada keluhan untuk spesifikasi yang ditawarkan

Untuk anda yang masih belum tahu dengan spesifikasi Mi Mix 3, ia dimuatkan dengan…

  • Snapdragon 845,
  • RAM 6 dan 8GB,
  • memori dalaman sebesar 128GB tanpa sokongan MikroSD,
  • MIUI 10 berasaskan Android Pie 9, dan
  • bateri berkapasiti 3200mAh.

Antaramuka MIUI 10 dilihat sarat dengan aplikasi yang sedia terpasang dan ciri-ciri yang mungkin berguna untuk anda atau mungkin tidak.

(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor

Penggunaan harian lancar dengan pertukaran aplikasi boleh dilakukan dengan pantas. Ia juga menghidangkan ciri sentuhan yang biasa anda lihat pada keluaran Xiaomi yang lain.

(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor
Ciri imbasan jari pantas menyahkunci skrin. Sementara itu imbasan wajah agak perlahan dimana pengguna perlu menarik skrin kebawah terlebih dahulu

Untuk penggemar aplikasi permainan, sumbat saja apa jenis permainan sekalipun, dari serendah-rendah tetapan grafik hinggalah ke tahap yang tertinggi. Kami puas hati.

Sistem kamera dengan 103 markah dari DxOMark 

Pada pandangan kami rakaman foto yang dihasilkan sistem kamera Mi Mix 3 adalah sangat baik. Ia dikuatkan lagi dengan sokongan AI yang mana mampu mengesan subjek seperti makanan, langit, tumbuhan dan banyak lagi. Bagi sensor telefoto, ia mampu berfungsi dengan 2x zoom optikal.

(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor Bagi rakaman waktu malam atau kurang cahaya, terdapat mod Night yang boleh anda gunakan. Hasil foto cukup jelas bersama perincian serta penghasilan warna yang seimbang.

(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor

Sementara itu, video boleh dirakam untuk pada tetapan 4K pada kadar 30fps dan 60fps. Selain itu, ia turut ditawarkan pada tetapan FULL HD 30fps dan 60fps.

Hasil gambar seperti dibawah.

Kapasiti bateri lebih kecil berbanding Mi Mix 2S

Mi Mix 3 hanya dibekalkan dengan bateri berkapasiti 3200mAh, kecil sedikit berbanding Mi Mix 2S (3400mAh). Screen-on-time untuk kegunaan harian tanpa gaming, hanya menjangkau lebih kurang 4 jam.

(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor

Untuk mengecas penuh dari tahap 10% sehingga 100%, masa yang diperlukan adalah sekitar 2 jam dari pengecasan pantas 18W.

(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor

Menariknya tentang model ini, anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk mendapatkan pengecas tanpa kabel 10W  kerana Xiaomi menyediakannya dari dalam kotak. Daya pengecasan tanpa kabel ini memerlukan satu jam untuk isi 25% kuasa bateri.

Kesimpulan

Apa yang dapat diperkatakan untuk ahli baru dalam keluarga Mi Mix 3 adalah rekaan skrinnya yang meluncur agak unik untuk pasaran sekarang.

Paparan Super AMOLED yang menawan disamping cip pemprosesan Snadragon 845 bekerja baik untuk mendatangkan prestasi penggunaan yang lancar.

(Ulasan) Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar Bebas Takuk Dengan Skrin Gelongsor

Namun begitu, binaan skrin gelongsor ini yang seakan-akan longgar dan mengeluarkan bunyi bila ditolak kekiri dan kekanan, agak mengendurkan perasaan teruja kami. Baterinya boleh dikatakan biasa sahaja tetapi ditawarkan dengan pengecas tanpa kabel sekali.

Tetapi secara keseluruhan, kehadiran Mi Mix 3 adalah satu pertaruhan berani daripada Xiaomi dalam mengekalkan peranti bebas takuk pada siri Mi Mix mereka.

Mi Mix 3 dinilaikan pada harga RM2199 untuk pasaran Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY