Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Buangkan Virus “Pop-up” Pada Chrome

Lebih 2.5 Bilion Pengguna Terkesan, Pelayar Berasaskan Chrome Alami Kecacatan Keselamatan Kritikal

Diterbitkan September 7, 2022 oleh ariff bukhari

Pengguna pelayar Google Chrome telah digesa untuk segera bertindak mengemas kini aplikasi itu segera selepas penyelidik keselamatan mengesan eksploitasi aktif ke atas kecacatan keselamatan dalam aplikasi itu.

Pepijat yang didaftarkan sebagai CVE-2022-3075 itu menjejaskan pengguna Google Chrome di semua platform termasuklah MacOS, Windows dan Linux.

Berkaitan

  • Ini 7 Fakta Menarik Tentang Statistik Pelayar Google Chrome Yang Anda Tidak Tahu
  • Lebih 2.6 Bilion Pengguna Chrome Terdedah Kepada Eksploitasi, Google Keluarkan Kemas Kini Kecemasan
  • "Jika Chrome Mengingatkan Anda Kemas Kini Pelayar, Sila Lakukannya Segera" - Google

Malah aplikasi-aplikasi pelayar lain yang berasaskan Chromium termasuklah Opera, Brave, Vivaldi dan Microsoft Edge turut terkesan dengan pepijat ini.

Ekoran itu, Google menggesa para pengguna pelayar-pelayar tersebut mengemas kini pelayar kepada versi terkini iaitu 105.0.5195.102.

Chrome update

Google sebelum ini pernah menyatakan bahawa, antara punca utama mengapa berlaku banyak eksploitasi pada pelayar adalah kerana kewujudan banyak pepijat di dalam pelayar.

Sehubungan itu Google menegaskan, apabila kemas kini terbaru ditawarkan, pengguna perlu bertindak segera mengemas kini pelayar yang mereka gunakan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa eksploitasi.

Sumber: CSA, Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY