Activision Saman Penyebar 'Cheat' Call of Duty

Activision Publishing, anak syarikat Activision Blizzard telah mengambil tindakan undang-undang terhadap EngineOwning, syarikat yang bertanggungjawab ke atas pengedaran cheat untuk permainan Call of Duty dan permainan terkenal lain.

Bukan itu sahaja, Activision juga mahu menghapuskan semua perisian yang membolehkan pemain menipu atau menggunakan cheat dalam permainan yang dibangunkan mereka.

https://twitter.com/CallofDuty/status/1473746439553617923?s=20

Activision nampaknya sedang giat membasmi pemain yang menipu seperti menggunakan cheat dalam permainan mereka terutamanya Call of Duty: Warzone. Mereka juga telah melancarkan sistem anti penipuan (anti-cheat) Ricochet dalam Warzone bulan lepas dan berjaya menyekat sebanyak 48,000 akaun penipu.

Dalam perkembangan lain, Activision Blizzard kini sedang bergelut dengan skandal melibatkan gangguan dan diskriminasi terhadap pekerja wanita. Lebih 3,000 pekerja telah menandatangani surat terbuka kepada pihak pengurusan untuk mengeluarkan kenyataan rasmi yang berkaitan isu tersebut dan menunjukkan belas kepada mangsa.

Sumber: The Verge

Baca juga: