Acer Perkenal Komputer Riba Skrin Boleh Putar 360 Darjah

Selepas melancarkan komputer riba permainan April lalu, Acer memperkenalkan model dan barisan komputer riba baharu yang lebih fleksibel serta profesional.

Menariknya kali ini adalah Acer perkenal komputer riba dengan skrin sentuh boleh putar sehingga 360° dan siri ConceptD yang direka khas untuk pereka.

TravelMate Spin P4

Kapsyen: Acer TravelMate Spin P4 Mod Tent


Acer TravelMate Spin P4 memberi pengguna pengalaman pemutar 360° lebih fleksibel yang membolehkan empat mod penggunaan iaitu; paparan biasa, mod tablet, mod tent untuk paparan pembentangan, dan mod clamshell.

Selain itu, komputer riba ini di kuasa cip Intel i7 Gen 11, grafik Intel Iris Xe, RAM 8GB + 32GB dan storan SSD 512GB. Ia juga mempunyai paparan 14-inci FHD IPS dan dilengkapi slot USB-C.

Baca juga - Acer Nitro 5 Baharu Tiba Di Malaysia, Ini Adalah Harga Rasmi

Komputer riba ini boleh didapati pada dua varian dengan harga berbeza iaitu:

  • Intel i7 Gen 11 (RM5,399)

  • Intel i5 Gen 11 (RM4,699)


Siri ConceptD

ConceptD hadir dengan dua siri - ConceptD7 dan ConceptD3 - yang direka khas untuk pereka dan pelajar reka bentuk.

Kapsyen: ConceptD 7 Ezel Pro


ConceptD 7 Ezel Pro merupakan model paling berkuasa dalam siri ini dengan cip Intel Xeon, NVIDIA Quadro RTX5000, dua RAM 16GB, dan storan SSD 2TB. Ia juga mempunyai paparan 15.6-inci 4K UHD IPS dan dilengkapi slot USB-C.

Baca juga - Ini Harga Monitor Gaming Acer Nitro Dengan HDR10 Dan 165Hz

Komputer riba ini boleh didapati pada dua varian dengan harga berbeza iaitu:

  • Intel Xeon (RM26,099)

  • Intel Core i7 (RM17,099)




ConceptD 3 Ezel Pro yang direka khas untuk pelajar reka bentuk di kuasa cip Intel i7, NVIDIA Quadro T1000, RAM 16GB, dan storan SSD 512GB. Ia juga mempunyai paparan 15.6-inci FHD IPS dan dilengkapi slot USB-C.

Baca juga - Permintaan Yang Tinggi, Jenama Komputer Riba Ini Akan Naikkan Harga Jualan

Harga untuk model-model siri ConceptD 3 adalah:

  • ConceptD 3 Ezel Pro - (RM10,999)

  • ConceptD 3 Pro - (RM8,399)

  • ConceptD 3 - (RM7,399)


Untuk maklumat terperinci mengenai siri baru ini, layari laman rasmi Acer.

Sumber: siaran akhbar Acer