Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Acer Swift Terbaru Diperkenal, Guna Cip Intel Core Ultra Dan GPU Intel Arc

Posted on Januari 8, 2024

Sempena acara CES 2024 yang akan berlangsung tidak lama lagi, Acer telah mengumumkan ketibaan komputer riba terbaru siri Swift, iaitu Go 16 dan Go 14 serta Swift X 14 yang akan diperlihatkan dalam acara itu nanti.

Swift Go 16 dan Swift Go 14

Swift Go 16
Swift Go 14

Untuk keluaran terbaru siri Acer Swift Go ini, kedua-dua model dikuasakan oleh Intel Core Ultra 9 dan GPU Intel Arc.

Dua laptop ini juga dilengkapi dengan memori 32GB LPDR5X RAM dan dua slot SSD 2TB PCIe Gen 4.

Bagi ketahanan bateri untuk penggunaan berterusan, Swift Go 16 inci mampu bertahan 10 jam 30 minit manakala Swift Go 14 inci boleh mencapai penggunaan selama 12 jam 30 minit.

Selain dibekalkan dengan Windows Copilot, kedua-dua model ini menawarkan output 1440p untuk video webcam dan digabungkan bersama Acer PurifiedView AI untuk ciri tambahan seperti Background Blur, Automatic Framing dan Eye Contact.

Paparan skrin yang digunakan adalah skrin OLED 3.2K (3200 x 2000) pada kadar segar semula 120Hz untuk model 16 inci dan OLED 2.8K (2880 x 1800) pada kadar segar semula 90Hz untuk model 14 inci.

Acer Swift X 14

Bagi model Swift X 14 ini pula, Acer menggunakan cip pemprosesan Intel Core Ultra 7 dengan Intel AI Boost dan GPU NVIDIA RTX 4070.

Laptop ini dibekalkan dengan 32GB LPDDR5RX RAM dan slot SSD 1TB PCIe Gen 4.

Paparan skrin yang digunakan adalah skrin OLED 2.8K 14.5 inci dan mempunyai kadar segar semula 120Hz.

Ia juga dilengkapi dengan webcam FHD yang menggunakan ciri TNR bersama Acer PurifiedView dan PurifiedVoice 2.0 bagi meningkatkan kualiti sambungan dalam talian.

{suggest}

Sumber: Siaran Media Acer Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress