Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-10T145853.734

Acer Predator Helios Neo 14 Rasmi – Intel Core Ultra 9, RTX 4070

Diterbitkan Mei 10, 2024 · Dikemas kini Mei 10, 2024 oleh Muhd Idham

Hari ini, Acer Malaysia telah merasmikan satu produk komputer riba gaming dalam pasaran Malaysia dengan spesifikasi yang akan menepati cita rasa para pemain platform PC iaitu Predator Helios Neo 14 2024.

Screenshot 2024-05-10 145111

Sebagai permulaan, komputer riba ini akan tersedia dengan pilihan cip Intel Core Ultra 5/7/9 dan digandingkan bersama konfigurasi maksimum 32GB RAM LPDDR5X serta maksimum storan 1TB SSD PCIe 4.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA RTX 4070, sistem operasi Windows 11 Home dan ciri kecerdasan buatan, Copilot.

Acer Predator Helios Neo 14 Rasmi – Intel Core Ultra 9, RTX 4070Screenshot 2024-05-10 111051

Untuk skrin, Helios Neo 14 ini menggunakan jenis paparan IPS WQXGA+ 14.5 inci dengan resolusi 3072 x 1920, kadar segar semula 165Hz dan kadar tindak balas 3ms.

Sistem penyejukan pula adalah daripada Predator sendiri yang digandingkan bersamanya dua buah kipas AeroBlade Gen 5.

Tidak lupa juga kepada ciri DTS: X Ultra yang memainkan peranan dalam memberikan pilihan tetapan kepada pengguna bagi mengoptimumkan bunyi output dalam permainan.

Baterinya pula hadir dengan kapasiti 76 Whr dan alat suai kuasa 230W.

Lain-lain ciri yang hadir bersama model ini adalah Purified Voice 2.0, Purified View, pusat hab Predator Sense dan port Thunderbolt 4.

Screenshot 2024-05-10 111126

Untuk harga pula, produk Acer Predator Helios Neo 14 ini telah tersedia dengan harga RM7,799.

Setiap pembelian juga akan disertakan bersamanya ganjaran berupa bagasi Acer Melbourne bernilai RM999 yang mana promosinya terhad bermula 10 Mei sehingga 24 Mei.

Screenshot 2024-05-10 111228

Beli produk Acer di:

Shopee – https://invl.io/clkrcjc

Lazada – https://invol.co/clkrcjr

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • AS Dilapor Halang Intel, Qualcomm Jual Cip Kepada HUAWEI
  • WhatsApp Kini Dengan Wajah Baharu - Lebih Segar, Mudah Diakses
  • Huawei Pura 70 Didapati Menggunakan Lebih Banyak Perkakasan Buatan China

Sumber: Siaran Media Acer Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY