Pasti anda perasan dimana kebanyakan barangan elektronik baharu dijual dengan harga yang agak tinggi daripada kebiasaan. Faktor utama semestinya permintaan yang tinggi dan kekurangan bekalan semasa pandemik COVID-19.
Oleh itu, jenama gergasi dari Taiwan, Acer dan Asus dikatakan akan menaikkan harga komputer riba mereka sebanyak 5% hingga 10% untuk suku kedua tahun ini.
Selain itu, norma bekerja dari rumah juga membuatkan permintaan komputer riba meningkat dan mereka tidak mampu menampung keperluan tersebut.
Menurut ketua pegawai eksekutif (CEO) Acer, Jason Chen, beliau turut menjangka permintaan yang tinggi ini akan berterusan pada masa hadapan.
Dalam pada itu, pasaran perkakas bagi komputer atau PC jauh lebih tinggi. Asus turut menyatakan mereka menerima permintaan kad grafik yang sangat banyak.
Ia juga disebabkan pada masa sekarang arena e-sukan kian rancak dianjurkan dan sukan tersebut sememangnya memerlukan barangan ini.
Jika diikutkan, sekiranya pasaran di negara itu terjejas, pasaran global juga akan turut sama terkesan.
Oleh yang demikian, anda dinasihatkan untuk berbelanja mengikut keperluan dan bukan kehendak kerana barangan elektronik tidak dinafikan memang agak mahal masa sekarang.
Sumber: taiwan news, UDN