Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Aspire TC1780_XC1780

Acer Malaysia Lancar 2 Komputer Meja Terbaru, Aspire XC Dan Aspire TC Dilengkapi Pemacu DVD-RW Terbina

Diterbitkan Mac 14, 2023 · Dikemas kini Mac 14, 2023 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia hari ini melancarkan 2 model komputer meja desktop terbaharu iaitu Aspire XC dan Aspire TC yang dilengkapi pemproses generasi ke–13 Intel Core.

Direka khas untuk pelbagai tugas harian, Aspire XC bersaiz 8L itu menjimatkan ruang rumah anda.

Manakala komputer meja model Aspire TC bersaiz 16–liter hadir dalam warna hitam dengan rekaan dan sentuhan kompleks, selain
mempunyai pemacu DVD–RW terbina.

Kedua–dua komputer meja ini dilengkapi dengan storan SSD ‘fast–loading’ sehingga 512GB serta RAM DDR4 bersaiz 8GB yang boleh dinaik taraf sehingga 32GB.

Aspire XC dan Aspire TC juga dimuatkan dengan Wi–FI 6E terbina untuk sambungan yang lebih laju dan stabil selain sambungan fizikal yang lain.

Tersedia dengan sistem operasi Windows 11 Home, Acer Aspire XC dan Aspire TC dijual dengan harga bermula dari RM1,949.

Untuk info lanjut berkenaan spesifikasi 2 komputer meja terbaru Acer ini, layari laman rasmi Acer Malaysia.

Berkaitan

  • Acer Lancar 4 Model Chromebook Terbaru Khusus Untuk Pelajar Dan Pendidik
  • Siri Monitor Acer Nitro Terbaru Dilancar, Kadar Segar Semula 180Hz, Harga Dari RM499
  • Bukan Lagi 3 Bulan, Tempoh Pinjam Laptop Secara Percuma Dari Perpustakaan Selangor Dilanjutkan

Sumber: Media Acer Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY