Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
NitroMonitorLaunch_PR Banner

Siri Monitor Acer Nitro Terbaru Dilancar, Kadar Segar Semula 180Hz, Harga Dari RM499

Diterbitkan Mac 6, 2023 · Dikemas kini Mac 6, 2023 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia telah melancarkan monitor terbaru bagi siri Nitro iaitu QG270S3, QG240YS3 dan QG240YH3 dengan keupayaan kadar segar semula paparan sehingga 180Hz.

Direka untuk pemain permainan yang mahukan monitor yang dapat menandingi kemahiran pemain, Acer Nitro QG270S3 dan QG240YS3 menyokong kadar segar semula hingga 180Hz dan masa tindak balas 1ms (G to G).

Manakala Acer Nitro QG240YH3 pula menyokong kadar segar semula hingga 100Hz dan masa tindak balas 4ms (G to G).

Nitro QG270S3_ QG240YS3_Right
Pandangan depan dan belakang Acer Nitro QG270S3 dan QG240YS3
Nitro QG270S3_ QG240YS3_3
Selain daripada HDMI dan Audio-out jack, kedua-dua monitor QG270S3 dan QG240YS3 dilengkapi dengan DisplayPort.
Nitro QG240YH3_Left
Pandangan depan dan belakang Acer Nitro QG240YH3
Nitro QG240YH3_01
Selain daripada HDMI dan Audio-out jack, monitor QG240YH3 juga dilengkapi dengan port VGA

 

Ketiga-tiga monitor baharu ini mempunyai teknologi AMD FreeSync yang mengurangkan jeda, sekaligus memberikan pengalaman permainan yang lebih lancar, responsif dan menyeronokkan.

Ketiga-tiga monitor ini juga mempunyai sijil HDR10 untuk memberikan pengalaman tontonan yang lebih menyeluruh dan menarik melalui peningkatan kontras, ketepatan warna yang dipertingkatkan dan butiran yang lebih jelas di kawasan terang dan gelap.

Selain itu, liputan sRGB 95% membolehkan keseimbangan yang baik antara ketepatan warna dan harga yang berpatutan.

Ketiga-tiga monitor terbaru Acer Nitro ini sudah boleh didapati di Acer eStore dan kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada.

Monitor Acer Nitro QG270S3, QG240YS3 dan QG240YH3 masing-masing dijual pada harga  RM589, RM499 dan RM379.

Berkaitan

  • (Ulasan) Lenovo Yoga 9i - Komputer Riba Fleksibel Berprestasi Dan Premium, Tapi Masih Mampu Milik
  • Cepat Sambar 2 'Game' Berharga RM53 Dari Steam Secara Percuma
  • Kemas Kini Windows 11 Terbaru Perkenalkan Lebih 14 Ciri Baru

Sumber: Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY