Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2023-12-19 172110

7 Anime Popular Ini Kini Boleh Ditonton Percuma Di YouTube

Diterbitkan Disember 19, 2023 · Dikemas kini Disember 19, 2023 oleh ariff bukhari

Syarikat pengedaran hiburan Jepun, REMOW Co., Ltd. (REMOW), yang mengendalikan pengedaran global kandungan Jepun, kini menguruskan saluran YouTube “It’s Anime“.

Seiring dengan permintaan anime yang semakin meningkat, REMOW membawakan kandungan anime Jepun ke dunia dengan 7 tajuk anime baru yang menarik pada “It’s Anime” ketika musim cuti sekolah ini.

Berikut adalah 7 Tajuk anime itu berserta tarikh dan masa tayangannya:

  • “The Demon Sword Master of Excalibur Academy” (Pendekar Pedang Iblis dari Akademi Excalibur) (12/19 19:00 -12/20 18:59)

  • “B-PROJECT Season 3 B-PROJECT Passionate *Love Call ~”. (12/20 19:00 – 12/21 18:59)

  • “I’m Giving the Disgraced Noble Lady I Rescued a Crash Course in Naughtiness” (Saya Berikan Kursus Kenakalan Kilat kepada Wanita Bangsawan Diaibkan yang Saya Selamatkan) (12/21 19:00 -12/22 18:59)

  • “My Daughter Left the Nest and Returned an S-Rank Adventurer” (Anakku Meninggalkan Rumah dan Kembali Sebagai Pejuang Tahap S) (12/22 19:00 -12/23 18:59)

  • “UNDER NINJA” (Ninja Rahsia) (12/23 19:00 -12/24 18:59)

  • “KAWAGOE BOYS SING -Now or Never-” (12/26 19:00 – 12/27 18:59)

  • “The Vexations of a Shut-In Vampire Princess” (Kemurungan Puteri Puntianak yang Terperuk di Rumah) (12/31 19:00 – 1/1 18:59)

7 judul ini popular di luar Jepun dan mendapat kedudukan yang tinggi di pelbagai platform pengedaran anime.

Antaranya, “The Vexations of a Shut-In Vampire Princess” yang memenangi tempat pertama dalam kedudukan Anime Corner dan “The Demon Sword Master of Excalibur Academy” menduduki tempat ke-3 di MyVideo.

Pada masa yang sama, REMOW turut melancarkan It’s Anime Store, kedai dalam talian untuk barangan anime yang tersedia di 120 negara di seluruh dunia yang telah pun dibuka sejak bulan Oktober 2023.

Stor ini menawarkan barangan asli yang hanya terdapat di sana. Item daripada tajuk anime baharu yang bermula pada musim Oktober 2023 akan ditambah secara berurutan.

Berkaitan

  • YouTube Akan Kurangkan Iklan Di TV, Tapi Ada Gantinya
  • Tonton Treler Adaptasi Anime"One Piece" Baharu, Mula Dari Saga 'East Blue'
  • Elak Kongsi Gambar, Video Mangsa Tragedi Di Ipoh - MCMC

Sumber: Siaran media REMOW

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY