Tiket percutian ini bukan daripada Jeff Bezos yang menawarkan perkhidmatan yang sama melalui Blue Origin tetapi ia daripada Space Perspective. Syarikat itu menyatakan mereka sudah berjaya menjual 600 tiket percutian ke angkasa yang ditawarkan Space Perspective.
Setiap tiket yang dijual berharga USD125,000 (sekitar RM530,000 sahaja) dan pakej percutian ini akan bermula pada tahun 2024. Percutian ini akan membawa anda dalam perjalanan hingga 30km dari planet kita ini.

Mereka yang telah membeli tiket akan dibawa naik ke ruang angkasa melalui satu kapsul mewah yang dibina bersama belon. Belon tersebut akan bergerak ke atas dengan kelajuan sekitar 20km/j, jadi pelancong akan mempunyai masa yang banyak untuk menghayati pengalaman angkasa.
Kapsulnya pula mempunyai rekaan mewah dan mempunyai sambungan Wi-Fi. Oleh itu, pelancong boleh berada di atas talian walaupun berada nun jauh di angkasa sana.
Penggunaan belon berbanding roket kerana ia lebih mesra alam dan itu merupakan cara terbaik untuk ke angkasa tanpa menggunakan bahan api. Kepada pembaca, adakah pengalaman ini berbaloi atau sebaliknya?
Sumber: Metro UK
Baca juga:
- Ini Cara Semak Baki Kredit Touch 'n Go Pada MyKad Anda
- Ribut Solar Tahap G2 Diramal Hentam Bumi Hari Ini, Perkhidmatan Internet Mungkin Terganggu
- Agensi Angkasa Malaysia Sedang Mencari Wakil Untuk Misi Selamatkan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa
Berkaitan
- Mungkin Lepas Ini Boleh Imbas Cap Jari Pada Mana-Mana Permukaan Skrin
- Mungkin Lepas Ini Telefon Di China Perlu Guna Cip Sendiri
- Selepas Memberhentikan 11K Pekerja, Meta Mungkin Tutup Projek "Smartwatch" Mereka
- Jake Paul Dikatakan Rugi Teruk Selepas Labur Semua Duit Dalam Kripto
- Selepas POCO, OnePlus Pula Berkolaborasi Dengan Genshin Impact
- Selepas AS, EU Pula Bantah Microsoft Beli Activision
- Selepas Instagram, Twitter Pula Ingin Meniru TikTok
- Selepas Facebook, Google Pula Didakwa Bakal Memecat 10,000 Pekerja Tercorot
- Selepas 300 Kali Cubaan, 'Streamer' Ini Berjaya Selesaikan 7 'Souls Games' Tanpa Cedera
- Matahari Melepaskan Suar Suria Gergasi Paling Kuat Dalam Tempoh 5 Tahun