Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mix & match celcom 2

5G: Pengguna Mix & Match Celcom Kena Bayar Ekstra RM10 Mulai 1 Januari

Diterbitkan November 3, 2022 · Dikemas kini November 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Ketika pelancaran 5G untuk pelan prabayar dan pascabayar pelan Celcom, syarikat itu mengumumkan kesemua pengguna yang layak boleh menggunakan 5G secara percuma tanpa ditolak kuota buat sementara waktu.

Ini bermakna mereka mungkin akan mengenakan caj tambahan untuk pelan sedia ada kerana ia kini dilengkapi perkhidmatan 5G.

Berkaitan

  • Maxis Komited Sediakan 5G, Akan Lancar Dalam Masa Terdekat
  • Celcom Mega Lightning 188 Terima Kuota 2TB, Akses 5G Percuma
  • MNO Berpotensi Jimat RM30 Bilion Dengan Rangkaian Borong Tunggal 5G DNB - Tengku Zafrul
  • Rangkaian 5G Pada iPhone? Ini Jawapan U Mobile
  • Ini Senarai Telefon Yang Sokong 5G U Mobile

Untuk pelanggan prabayar Mix & Match, laman FAQ sebelum ini mendedahkan mereka perlu bayar RM10 namun percuma buat sementara waktu. Hal ini kerana RM10 tersebut dipalang dan ditulis “FREE”.

celcom 5g mix match

Terbaru, dalam jadual terbaru, Celcom sudah membuang RM10 dan palang tersebut, meninggalkan hanya “FREE” dengan bintang asterisk. Bintang tersebut memberitahu bahawa akses 5G percuma tersebut hanya bertahan hingga 31 Disember 2022.

Bagaimanapun, di bawahnya, Celcom masih kekalkan kenyataan bahawa RM10 akan ditolak daripada kredit pengguna selepas 31 Disember. Ini bermakna caj RM10 in masih akan dilaksanakan.

Yes, the 5G service fee of RM10 will be deducted from the customer’s credit. During the promotion period until 31/12/2022, the 5G service fee will be free of charge (FOC).

Tak mahu 5G sebab anda tidak ada peranti atau kawasan anda tidak mempunyai liputannya?

Malang sekali Celcom tidak menawarkan pilihan untuk anda nyahlanggan perkhidmatan 5G.

“There is no unsubscribe feature for the 5G service. But no worries, the 5G service will be expired upon Mix & Match™ Pass expiry,” terang Celcom di ruangan FAQ.

Bagaimanapun, diharapkan caj RM10 ini kelak akan menjadi pilihan dan bukan kewajipan kerana masih banyak kawasan tidak tersedia dengan rangkaian tersebut.

Sumber: Celcom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY