Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bajet 2022

Bajet 2022: 5G Diperluas, Internet Lebih Baik Di PPR, Bantu Usahawan Mikro

Diterbitkan Oktober 29, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam Pembentangan Bajet 2022 petang tadi, kerajaan mengumumkan akan memperuntukkan RM700 juta untuk usaha ketersambungan digital di 47 kawasan perindustrian dan 630 buah sekolah.

jendela bajet 2022

Selain itu, RM30 juta akan dikhaskan untuk kemudahan internet di 40 PPR sedia ada bagi memastikan golongan yang tinggal di sana tidak ketinggalan.

ppr bajet 2022

Perkhidmatan 5G akan diperluas kepada 36% daripada kawasan berkepadatan tinggi termasuk bandar-bandar utama di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan 3 tempat pertama yang akan diperkenal perkhidmatan 5G iaitu Cyberjaya, Putrajaya, dan Kuala Lumpur.

5G bajet 2022

Jumlah Skim Geran Pendigital PKS dinaikkan kepada RM200 juta dengan RM50 juta daripadanya diperuntukkan khusus untuk usahawan mikro bumiputera di luar bandar.

SKMM mentransformasikan 600 pusat ekonomi digital Keluarga Malaysia sebagai pusat sehenti bagi membimbing ushawan mikro mengoptimasikan teknologi digital.

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY