Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
22.2 Season 8_ Error 404 Key Visual

5 Perkara Baharu COD Mobile Musim Ke 8 – Error 404 Yang Patut Anda Tahu

Diterbitkan September 8, 2023 · Dikemas kini September 8, 2023 oleh ariff bukhari

Call of Duty: Mobile (CODM) Season 8 – Error 404 baru sahaja dilancarkan hari ini yang menawarkan pemain dengan Battle Pass baharu, peta berbilang pemain dan senjata baharu dalam musim bertema sci-fi Timur. Jadi, sebelum anda  memulakan permainan ini, apa kata jom kita lihat dulu apa yang baru dalam Call of Duty: Mobile Season 8 – Error 404.

Battle Pass baru

Musim 8 – Error 404 Battle Pass menawarkan watak dan kekulit senjata yang menarik serta senjata serba baharu seperti senapang patah Argus termasuk pelbagai camo, bom berkelompok dan ICR-1 .

Anda boleh dapatkan senapang patah Argus baharu ini secara percuma di Tahap 21 Battle Pass.

Selain itu, anda juga akan berdepan pertempuran di pelbagai rupa bumi dengan Ground Forces yang menampilkan Wraith – Bio Mech dan LAPA – Dragon dalam Amethyst.

Klasik dari Musim Pertama 2022nya juga  akan membuat kemunculan semula untuk masa terhad selama 90 hari di Battle Pass Vault dengan kembalinya “Heist” yang menampilkan pengendali ikonik seperti Yuri – Bratok dan Makarov – Kingfish.

Peta baru

Musim 8 – Error 404 memperkenalkan peta Kurohana Metropolis. Unik kepada CODM, Kurohana Metropolis menawarkan medan pertempuran pelbagai yang memerlukan strategi yang boleh disesuaikan.

Visual bangunan-bangunan dan jalan-jalan bercahaya neon direka dengan teliti.

22.2 New Map_ Kurohana Metropolis

Senjata Baru

Musim ini memperkenalkan senapang patah Argus, senjata jarak dekat Sai dan Grenad Kelompok. Sesuai untuk pertempuran jarak dekat; atau pilih senjata jarak dekat Sai apabila keadaan memerlukan letupan dengan menggunakan Bom Tangan Kluster.

22.2 New Weapon Static

Garena Masters V

Saksikan finalis CODM di Playoff dan final hujung minggu ini semasa mereka bertarung untuk merebut gelaran berprestij dalam arena Call of Duty: Mobile eSports yang akan berlangsung pada:

  • Playoff: 6 hingga 10 September 2023
  • Peringkat Akhir: 10 September 2023

7 pasukan teratas dari Pusingan Akhir akan layak ke Peringkat 4 Kejohanan Dunia 2023 dalam Call of Duty: Mobile Garena Qualifier yang akan berlangsung bulan ini.

Barangay Huddles

Khas untuk pemain di Filipina di mana mereka boleh menantikan Barangay Huddles, satu siri acara komuniti fizikal, pada bulan September ini.

22.2 Barangay Huddle Logo

Untuk info dan lebih banyak kemas kini, ikuti saluran rasmi Garena Call of Duty: Mobile esports di halaman Facebook https://www.facebook.com/GarenaCODMEsports/.

Berkaitan

  • 5 Telefon 5G Bawah RM1000
  • Kemas Kini Segera iPhone Anda, Apple Isu Eksploitasi iOS Aktif Berlaku
  • eFootball 2024 Dah Boleh Dimuat Turun, Jom Lihat Apa Yang Baharu

Sumber: Siaran media CODM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY