5 'Games' Terbaik Bakal Hadir Ke Xbox Game Pass

Di platform Developer_Direct, Xbox dan Bethesda telah berkongsikan perincian kepada 5 games yang bakal dibawa mereka ke Xbox, PC dan Game Pass.



Untuk pengetahuan pembaca, komuniti industri gaming tempatan telah berjaya menjana sekitar USD489.1 juta (~RM2.078 bilion).

Hi-Fi RUSH (Sudah tersedia)




Hi-Fi RUSH adalah sebuah permainan video aksi pemain tunggal yang menggunakan rentak muzik untuk mengalahkan musuh bersama kru-kru yang lain.

Hi-Fi RUSH sudah tersedia untuk dimainkan di Game Pass, PC, Microsoft Store, Steam, dan Epic Game Store.

Minecraft Legends (18 April)




Mojang Studios dengan kerjasama Blackbird Interactive mengumumkan kedatangan permainan video aksi dan strategi, Minecraft Legends pada 18 April nanti.

Minecraft Legends akan memperkenalkan mod PvP di mana 2 pasukan yang terdiri daripada 4 orang pemain setiap satu akan bekerjasama membina pangkalan, mengumpul sumber untuk mengalahkan pasukan musuh.

Pada hari Selasa, 18 April Minecraft Legends akan tersedia di Xbox Game Pass, PC Game Pass, PlayStation, Steam dan Nintendo Switch.

Redfall (2 Mei)




Redfall adalah sebuah permainan video dunia terbuka yang berlatarbelakangkan kehadiran vampires untuk diburu oleh pemain.

Menariknya lagi, game ini menawarkan pilihan multipemain atau tunggal dalam memburu vampire. Redfall bakal dilancarkan 2 Mei nanti di Game Pass di Xbox dan PC.

The Elder Scrolls Online: Necrom (Bulan Jun Ini)




Pembangun ESO, ZeniMax Online Studios mengumumkan kemas kini yang besar untuk ESO yang bakal dilancarkan bulan Jun ini.

Kemas kini ini akan membawa pemain ke Morrowind dan mengembara ke wilayah Timur yang masih belum diterokai lagi.

The Elder Scrolls Online: Necrom akan dilancarkan di platform PC/Mac, Xbox dan PlayStation.

Forza Motorsport (Tahun 2023 Ini)




Turn 10 Studios akan membawa pengalaman lumba kereta kepada satu aras yang berbeza dengan ciri realistik, grafik dan keasyikannya.

Mengikut pembangunnya, Forza Motorsport adalah permainan video lumba kereta paling maju dan hebat yang pernah dihasilkan mereka.

Forza Motorsport akan hadir pada tahun ini di platform siri Xbox, Xbox Game Pass, PC dan Cloud Gaming (Beta).

{suggest}

Sumber: Siaran Akhbar Xbox & Bethesda