HelloGold Undur Diri Dari Pasaran Malaysia Dan Thailand

HelloGold, platform simpanan emas yang pertama patuh syariah di Malaysia memaklumkan bahawa mereka akan menutup operasi di Malaysia pada 2 Februari 2023.

Selain Malaysia, platform itu juga menamatkan operasi di Thailand.

May be a cartoon of text that says 'What type of gold does HelloGold use? We use 99.99% investment grade 1 kilo gold bars that are fully allocated. Our gold is sourced from an international gold refiner called Produits Artistiques Métaux Précieux (PAMP), which is part of the London Bullion Market Association (LBMA).'

Hal ini kerana perniagaan mereka tidak lagi berdaya saing dari segi komersial dalam keadaan pasaran sekarang, menurut syarikat.

Jika anda salah seorang pelanggan HelloGold, anda boleh membeli, menjual dan mengeluarkan wang tunai sehingga jam 7 pagi pada 2 Februari nanti.

Jika masih ada simpanan emas selepas waktu itu, HelloGold akan menjualnya pada jam 12 tengah hari pada hari yang sama. Hasil jualan akan dimasukkan ke dalam akaun bank pelanggan dalam masa 5 hari bekerja.

Kapsyen: Harga emas berdasarkan laman web HelloGold.


Untuk pelanggan Smart Saver, emas anda aan dimasukkan ke dalam akaun HelloGold supaya anda dapat menjualnya dan mengeluarkan wang sebelum pukul 12 tengahari, 27 Januari 2023.

Syarikat itu juga berkata mereka menjangkakan aliran trafik tinggi berikutan pengumuman ini dan akan cuba meminimumkan kesulitan.



Berita pastinya menyedihkan kebanyakan pelanggan kerana apa yang ditawarkan platform ini sangat menarik, memudahkan pengguna awam selain aplikasinya yang mesra pengguna.

HelloGold ditubuhkan pada 2015 oleh Robin Lee dan Ridwan Abdullah.

Sumber: HelloGold