Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ciri baharu android

5 Ciri Baharu Diperkenal Pada Peranti Android

Posted on Ogos 12, 2020

Peranti Android kini dikemaskini dengan beberapa ciri baharu untuk meningkatkan pengalaman pengguna secara global. Syarikat itu telah memperkenalkan 5 ciri baharu bagi peranti Android dengan menambahkan fungsi keselamatan, waktu tidur yang cukup dan sebagainya.

1. Android Emergency Location Service (ELS)

Dengan ciri Android Emergency Location Service (ELS) yang tersedia di 29 negara, ia dapat memberikan bantuan dengan lebih cepat. Ciri ini berupaya untuk memendekkan masa bagi respon kecemasan di seluruh dunia dengan meningkatkan akses ke maklumat lokasi yang tepat.

Android ELS tersedia pada peranti yang menjalankan Android 4.1 ke atas dengan Google Play Services yang terpasang.

2. Android Earthquake Alerts System

Peranti Android kini boleh mengesan gempa bumi menerusi ciri Android Earthquake Alerts System, yang mewujudkan rangkaian pengesanan gempa bumi terbesar di dunia.

Android Earthquake Alerts System akan tersedia untuk peranti yang menjalankan Android 5.0 dan ke atas.

3. Android Auto

Dengan kemaskini terbaru Android Auto, ia memudahkan pengguna untuk melihat jadual harian pada paparan kereta menerusi aplikasi kalendar baharu. Menerusi tetapan baru aplikasi ini juga membolehkan pengguna menguruskan pilihan secara langsung di paparan kereta.

ciri baharu android

Aplikasi ini menyokong lebih 500 model kereta dan semakan boleh dilakukan melalui pautan ini.

4. Mod Bedtime

Adakalanya, menyemak satu notifikasi mungkin mendorong pengguna untuk berjaga sehingga lewat malam. Oleh itu, kemaskini terbaru hadir dengan mod Bedtime untuk memberi peringatan kepada pengguna mengenai waktu tidur dan mengehadkan gangguan. Ia menjadikan peranti gelap dan senyap semasa tidur.

Dengan penambahan tab Bedtime pada aplikasi Clock, pengguna boleh mengekalkan waktu tidur dengan konsisten, menyemak screen time waktu malam, dan sebagainya.

Ciri ini tersedia bagi peranti yang menjalankan Android 6.0 dan ke atas. Bagi peranti yang mempunyai Digital Wellbeing, mod Bedtime boleh diaktifkan dalam tetapan atau dijadual secara terus dari aplikasi Clock.

5. Lookout

Terdapat fungsi baharu yang dikemaskini pada Lookout, iaitu aplikasi yang menggunakan penglihatan komputer untuk membantu pengguna yang mempunyai masalah penglihatan untuk menyelesaikan sesuatu dengan lebih pantas dan mudah.

Ia dikemaskini dua mod baharu dengan rekaan yang lebih mudah diakses. Ia kini boleh mengimbas dokumen yang panjang kepada teks yang boleh dibaca dan mengenalpasti produk daripada label makanan serta lebih serasi dengan skrin pembaca.

Muat turun aplikasi Lookout boleh dilakukan di Google Play dan tersedia kepada semua peranti dengan RAM 2GB dan menjalankan Android 10 ke atas.

Sumber: Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress