5 Cara Berkesan Untuk Melepasi Sekatan Kepada Torrent

 

Tips kali ini khusus kepada pengguna tegar aplikasi "peer to peer" Torrent. Admin faham, ramai yang berasa kecewa kerana perkhidmatan internet yang sedia ada menyekat perkhidmatan ini. Jangan bersedih, kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Berikut Tips Gajet kongsikan kepada anda 5 cara yang boleh digunakan untuk melepasi sekatan torrent.

 

Cara 1 >> Guna dua sambungan internet

Sambungan pertama adalah khusus untuk memastikan agar torrent "connected", iaitu dengan mengaktifkan mod hotspot telefon anda sebagai medium penyambung terlebih dahulu. Apabila torrent sudah "connected", matikan hotspot telefon anda dan sambung kembali dengan menggunakan internet tetap yang sedia ada. Jikalau telefon anda tiada kemudahan internet, guna sahaja apa-apa sambungan internet yang boleh anda dapati sebagai sambungan alternatif. Ini Kerana Sekatan daripada pembekal internet sperti streamyx, unifi dan lain-lain hanya dibuat pada proses "connecting" sahaja, sekiranya dapat dilepasi maka torrent anda akan berfungsi seperti biasa.



Cara 2 >> Ubah DNS Server

Ubah DNS pada properties sambungan internet anda, boleh lihat contoh dibawah. untuk pengguna windows klik pada network device > IPv4 properties >Ubah DNS > klik OK



Berikut DNS "public" yang boleh anda guna sekiranya yang diatas tidak berkesan

OpenDNS: 208.67.222.222 | 208.67.220.220

Comodo DNS: 8.26.56.26 | 8.20.247.20

 

Cara 3 >> Gunakan VPN Percuma

Sekiranya cara diatas tidak membuahkan hasil, muat turun aplikasi VPN adripada internet, boleh sahaja buat carian pada google.



Cara 4 >> Gunakan VPN Premium

Sekiranya tidak berhesail juga, anda boleh guna perkhidmatan berbayar. Kebiasaannya, perkhidmatan VPN berbayar ini lebih banyak dan "advance" fungsinya.



Cara 5 >> Gunakan ZbigZ Atau Seedbox Premium

Kalau yang lain tidak berkesan, Yang ini pasti boleh. Untuk makluman anda, perkhidmatan seedbox ini adalah berbayar. kepada yang berminat bolehlah pilih salah satu servis seedbox berikut


Bitport, seedr dan Filestream


Semoga dapat membantu, jangan lupa kongsikan ya, Terima kasih.