Sebanyak 5 Asteroid Akan Menghampiri Bumi Dari 13 Hingga 14 Februari Ini

Berdasarkan kepada semakan di laman rasmi Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), sebanyak 5 buah asteroid akan menghampiri bumi dalam tempoh 2 hari akan datang inimiaitu pada 13 dan 14 Februari 2022.

Salah satu daripada asteroid itu iaitu asteroid 2022 CP5 dianggarkan akan melintasi sehampir 2,790,000 juta kilometer dari Bumi. Saiz asteroid itu pula dianggarkan sebesar 30 meter atau bersaiz sebuah kapal terbang.

Ia dijangka akan melintasi Bumi pada 13 Februari 2022. Menariknya asteroid ini adalah ia baru berada dalam pangkalan data NASA.

Jadi, asteroid ini tidak pernah dikesan atau berada dalam mana-mana rekod ia menghampiri Bumi sebelum ini.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa NASA Mengesan Lebih Banyak Asteroid Menghampiri Bumi Dalam Tempoh 50 Tahun.



Satu lagi asteroid yang akan turut melintasi bumi pada 13 Februari adalah asteroid 2022 BP6 yang dianggarkan bersaiz sebuah bas.

Ia akan melintasi pada jarak sekitar 4.4 juta kilometer dari Bumi. Berbeza dengan asteroid 2022 CP5, asteroid 2022 BP6 ini pertama kali dikesan pada 20 September 1909 lagi.

Kapsyen: Trajektori asteroid 2022 BP6. Kredit: Jet Propulsion Laboratory.


3 lagi asteroid yang akan turut menghampiri Bumi pada 14 Februari ini adalah asteroid 2022 CF3, 2022 DF dan asteroid 2022 CF1.

Asteroid 2022 DF dan 2022 CF1 dianggarkan bersaiz sebuah rumah. Manakala asteroid 2022 CF3 bersaiz sebuah kapal terbang.

Kapsyen: Asteroid 2022 CF3 telah dikesan sejak tahun 1902 dahulu.


Kelima-lima asteroid iyang akan menghampiri Bumi dalam masa terdekat ini tidak diklasifikasikan sebagai merbahaya oleh NASA kerana saiznya tidak lebih daripada 150 meter.

Malah jarak kesemua asteroid ini juga adalah lebih daripada 2 juta kilometer ketika ia melintasi Bumi.

NASA hanya mengklasifikasikan asteroid yang bersaiz lebih daripada 150 meter dan mengorbit Bumi sehampir 7.5 juta kilometer sahaja sebagai asteroid yang berpotensi membawa bahaya kepada Bumi.

Sumber: Jet Propulsion Laboratory, NASA

Baca juga: