5 Aplikasi Peta Yang Boleh Digunakan Ketika Tanpa Internet

Dengan kehadiran aplikasi Waze dan online maps yang lain, anda tidak perlu risau lagi sekiranya tersesat di bandar-bandar besar mahupun kawasan pedalaman.

Namun kebanyakan aplikasi yang menyediakan perkhidmatan tersebut memerlukan sambungan internet untuk membolehkannya beroperasi.

Apa pun jangan risau sekiranya perkara tersebut terjadi, berikut kami kongsikan 5 aplikasi yang membolehkan anda mencari arah tanpa memerlukan sambungan internet.

1. Here, WeGo



HERE, WeGo merupakan aplikasi peta yang memiliki fitur online dan offline yang, anda boleh memuat turun keseluruhan isi peta  lebih daripada 100 negara di dunia. Dalam mod offline juga dilengkapi dengan sokongan navigasi suara turn-by-turn penuh dengan perincian pada setiap aspek kawasan.

 

2. Navigasi GPS & Peta Sygic



Aplikasi ini diantara yang paling terkenal sebelum kewujudan Waze dan google Maps. Ianya tidak memerlukan sebarang sambungan data untuk beroperasi, hanya sokongan GPS dan Location peranti sahaja.

 

3. Google Maps



Kepada yang masih belum tahu, Google Maps juga mempunyai fungsi Offline. Namun begitu anda hanya dibenarkan memuat turun peta seluas 120 KM sahaja.

 

4. Co Pilot GPS peta Offline



CoPilot GPS Peta Offline secara khusus diciptakan untuk mempermudah para pemandu, kerana dalam aplikasi peta ini terdapat pelbagai fitur yang dapat mempermudah para pemandu kereta mahupun motorsikal. Aplikasi ini lengkap dengan batuan suara dan lain-lain.

 

5. Polaris GPS Navigation



Dengan fungsi yang sangat lengkap, sesuai digunakan oleh pejalan kaki dan pemandu kenderaan.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermnafaat.