Persidangan video menjadi keperluan penting secara mendadak sejak dunia berdepan dengan pandemik COVID-19 yang muncul pada awal tahun lalu.
Daripada hanya beberapa perkhidmatan sahaja menawarkan servis tersebut, kini terdapat pelbagai platfom menawarkan persidangan video.
Tidak hanya bergantung melalui komputer sahaja, kini pengguna peranti pintar boleh sahaja terus membuat persidangan video walu di man sahaja mereka berada selagi mempunyai capaian rangkaian internet.
Daripada persidangan video, kini ia lebih dikenali sebagai panggilan video.
Terdapat beberapa platfom aplikasi permesejan popular menawarkan servis panggilan video seperti WhatsApp, Telegram dan Facebook Messenger.
Tetapi ciri-ciri yang ada pada apliaksi-aplikasi itu mungkin terhad bagi sebahagian pengguna.
Jadi disebabkan itulah kini munculnya pelbagai servis panggilan video wujud sejak pandemik. Antarnya adalah Google Meet dan Zoom.
Menurut laporan oleh laman penyelidikan EmailToolTester, Zoom adalah platfom servis panggilan video paling popular di 44 buah negara di dunia.
Manakala platfom Microsoft Teams pula berada di tempat kedua dengan seramai 75 juta pengguna aktif menggunakan servis tersebut setiap hari di 41 buah negara.
Baca juga: Aplikasi Terbaik Untuk “Video Call” Semasa Hari Raya
Jadi, bagaimana pula dengan Google Meet?
Menurut EmailToolTester, Google Meet merupakan platfom panggilan video paling popular di Malaysia dengan penguasaan sebanyak 68.11%.
Sementara servis panggilan video dari Microsoft Teams, Skype dan Zoom masing-masing hanya menguasai sebanyak 11.17%, 6.12% dan 9.10% sahaja di Malaysia.
Google Meet juga merupakan servis panggilan video ketiga paling popular di dunia di mana sebanyak 21 buah negara menggunakan servis tersebut yang kebanyakkan penggunanya berada di negara-negara Asia.
Kaji selidik oleh EmailToolTester ini melibatkan sebanyak 122 buah negara menerusi analisis ke atas 16 platfom servis persidangan video yang popular di seluruh dunia.
Sumber: EmailToolTester