Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Powerbank Berkapasiti 25,000mAh

3 Powerbank Berkapasiti 25,000mAh

Diterbitkan Oktober 6, 2026 oleh Iskandar Afiq Shaharuddin

Mungkin ada antara anda yang sedang mencari powerbank, tetapi tidak tahu mana pilih yang mana satu, bukan?

Hal ini kerana wujudnya powerbank buatan China dengan nama-nama produk yang sangat pelik. Ada juga yang menipu kapasiti bateri.

Jangan risau, saya boleh mengesyorkan kepada anda tiga powerbank daripada tiga jenama yang boleh dipercayai.

Powerbank-powerbank ini bukanlah yang biasa-biasa. Kesemuanya ada kapasiti sebesar 25,000mAh, pengesahan 3C (walaupun itu hanya penting untuk penerbangan domestik dalam China), dan pengecasan semula yang pantas.

Jadi, inilah powerbank-powerbank itu:

ANKER Laptop Power Bank A1695

A1695 anker powerbank

Sebut sahaja ANKER, pastinya anda tahu bahawa mereka telah lama terlibat dalam industri pembuatan wayar pengecas, palam pengecas, dan powerbank.

ANKER Laptop Power Bank A1695 yang berharga RM399, bukanlah sekadar powerbank berkapasiti besar, iaitu 25,000mAh. Malah, ia juga boleh mengecas peranti seperti tablet dan laptop dengan pantas kerana adanya pengecasan pantas sehingga 100W. 

Powerbank ini juga boleh cas semula dengan pantas kerana adanya sokongan pengecasan semula 100W (1.5-2 jam untuk penuh semula). Bukan itu sahaja, powerbank ini juga menyokong passthrough charging, bermakna ia boleh dicas sambil ia mengecas peranti lain secara serentak.

Dengan adanya wayar sedia ada, anda tidak perlu risau untuk bawa wayar tambahan ke mana-mana anda berada. Bukan satu wayar sahaja yang ada, tetapi ada dua jenis, iaitu wayar retractable (boleh ditarik semula), dan wayar biasa yang boleh juga bertindak sebagai lanyard.

Tambahan pula, dengan ada juga sambungan tambahan USB-C dan USB-A, anda boleh mengecas empat peranti secara serentak. 

Kelebihannya tidak terhenti di situ dengan wujudnya smart battery protection yang akan memantau arus input dan output bagi memastikan ia membekalkan arus yang tepat berdasarkan peranti yang disambungkan.

Ia juga mempunyai skrin LCD yang dapat menunjukkan maklumat seperti bateri yang tinggal, dan arus yang dihantar melalui sambungan yang digunakan.

Pada berat 595g, ia sememangnya portable dan mudah dibawa ke mana-mana. Cuma, ia tidak sesuai diletakkan dalam poket anda, tetapi boleh sahaja diletakkan dalam beg sandang atau beg galas.

Pada tanda harga ini, ini adalah powerbank paling padu dalam senarai ini.

Powerbank ini boleh dibeli di sini: https://invol.me/clnmxbk

UGREEN Nexode Power Bank 200W

ugreen nexode power bank

UGREEN juga sama dengan ANKER kerana ia juga bukan nama yang asing dalam industri pembuatan palam pengecas dan powerbank.

Jika ANKER mampu memberikan sebanyak ciri yang mungkin pada tanda harga yang ditawarkan, UGREEN pula ada membuat sedikit pengorbanan bagi UGREEN Nexode Power Bank 200W untuk menurunkan harganya, iaitu pada RM270-299.

Apa yang sama dengan powerbank ANKER adalah kapasiti bateri 25,000mAh, dan pengecasan semula dengan pantas. Tetapi, ia hanya boleh dicas semula sehingga 65W (lebih 2 jam untuk penuh semula), kurang berbanding ANKER.

Dari segi pengecasan output pula, ia menyokong sehingga 140W pada satu port USB-C, jadinya ia lebih laju berbanding ANKER. Powerbank ini juga mempunyai tiga sambungan (2x USB-C, 1x USB-A), jadinya anda boleh cas sehingga 3 peranti secara serentak. Pun boleh cas laptop dan tablet, jadi ia cukup padu.

Powerbank ini juga mempunyai skrin LED untuk melihat kadar arus yang keluar dan masuk, dan baki bateri.

Tambahan, ia dilengkapi Sistem Thermal Guard dengan sensor pintar yang memantau suhu 200 kali sesaat. Jadi, ia boleh mengelakkan pemanasan yang melampau ketika pengecasan laju, berserta ciri perlindungan komprehensif terhadap masalah litar pintas, lebihan arus, dan lebihan voltan.

Satu kekurangan yang jelas adalah ketiadaan wayar sedia ada. Tetapi, UGREEN menyediakan kabel USB-C pendek (60cm) secara percuma dalam kotak.

3 Powerbank Berkapasiti 25,000mAh

Walaupun kabel ini nampak murah, ia tetap menyokong pengecasan pantas sehingga 100W, dan ia juga boleh berfungsi sebagai kabel data yang membolehkan anda untuk menggunakannya untuk menghantar fail dari komputer ke telefon, di samping menggunakannya untuk mengecas mana-mana peranti.

Berat pula lebih sedikit, iaitu 609g. Ini juga tidak sesuai diletakkan dalam poket anda, tetapi, masih lagi boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Apa pun, ia sememangnya satu powerbank yang padu juga.

Powerbank ini juga boleh dibeli di sini: https://invol.me/clnmiwu

CUKTECH 25 SE Power Bank

cuktech 25 se power bank 25000

CUKTECH pula adalah suatu jenama yang semakin dikenali sejak kebelakangan ini kerana harganya yang berpatutan dan kualiti yang baik.

CUKTECH 25 SE Power Bank ialah yang paling murah dalam senarai ini, hanya pada RM178. Walaupun murah, masih lagi padu. Ini juga mempunyai bateri 25,000mAh.

Dari segi pengecasan output, ia menyokong pengecasan pantas sehingga 100W, cukup berkuasa untuk mengecas peranti besar seperti laptop tanpa masalah. Untuk pengecasan semula, ia menyokong input sehingga 65W, sama seperti UGREEN.

Untuk kelengkapan port pula, ia mempunyai tiga sambungan secara keseluruhan (2x USB-C, 1x USB-A) yang membolehkan anda mengecas beberapa peranti secara serentak juga. Tetapi, kelebihannya adalah mempunyai wayar yang tersambung pada powerbank, walaupun ia lebih murah berbanding UGREEN.

CUKTECH dapat mengurangkan harga dengan hanya memberikan paparan skrin LED satu warna yang hanya boleh menunjukkan peratusan baki bateri powerbank sahaja.

Dari segi rekaan, ia adalah yang paling leper, jadi boleh sahaja letak dalam poket, tetapi pada berat sekitar 580g, ia kurang sesuai juga dan lebih baik ia diletakkan dalam beg galas.

Jika bajet anda agak ketat tetapi mahukan spesifikasi yang tinggi dengan nisbah harga-ke-prestasi terbaik, ini adalah jawapannya.

Anda boleh beli powerbank ini di sini: https://invol.me/clo2g46

Kini, anda tahu tentang tiga powerbank daripada tiga syarikat yang boleh dipercayai. Pilihlah mana-mana yang menepati bajet dan keperluan anda. Tetapi, apa-apa pun, buat kajian yang mendalam sebelum membeli mana-mana produk.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY