Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Lagi Daerah Di Perak Bakal Nikmati Akses Jalur Lebar Allo

3 Lagi Daerah Di Perak Bakal Nikmati Akses Jalur Lebar Allo

Diterbitkan Februari 22, 2022 oleh ariff bukhari

3 Lagi daerah di Perak dimaklumkan bakal menikmati akses jalur lebar gentian optik baharu menerusi Inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) pada tahun ini.

Ia dinyatakan sendiri oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad selepas merasmikan Majlis Perasmian Rangkaian Infrastruktur Jalur Lebar Allo Technology Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina, Meru.

Inisiatif itu akan dilaksanakan oleh syarikat subsidiari Tenaga Nasional Berhad (TNB) iaitu Allo Technology Sdn Bhd selepas berjaya membawa perkhidmatan tersebut di enam lokasi di bandar raya Ipoh.

Ketika ini 6 kawasan dengan menghubungkan 56,132 kediaman sudah pun menikmati akses jalur lebar itu iaitu Sungai Rapat (16,483 premis), Kinta (17,144), Menglembu (12,497), Papan (4,598), Silibin (2,790) dan Tasek (2,620).

Sumber: Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Baca juga:

  • Rangkaian Gentian Optik Allo Sasar 300,000 Premis Hujung Tahun Ini
  • Tak Semua Telefon Sesuai Guna 5G DNB Buat Masa Ini, Termasuk iPhone
  • 5G: Celcom, Maxis, Digi Dan U Mobile Mahu Bergerak Sebagai Konsortium Bagi Penawaran 5G Di Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY