Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

3 Jenama Yang Pegang Pasaran Jam Tangan Pintar Suku Ketiga 2023

Diterbitkan Disember 7, 2023 oleh Amal Addin

Apple Watch sekali lagi muncul sebagai jenama jam tangan pintar yang paling laku dalam pasaran pada suku ketiga 2023. Pasaran jam tangan pintar secara keseluruhannya berkembang sebanyak 8% tetapi Samsung Galaxy Watch mengalami kerugian besar dalam pasaran manakala Huawei Watch mencatatkan peningkatan yang tinggi.

Menurut data terkini daripada Counterpoint Research, sebanyak 9% lagi jam tangan pintar ‘HLOS’ telah dijual di seluruh dunia pada suku ketiga 2023 iaitu antara Julai dan September berbanding pada 2022.

HLOS bermaksud “Sistem Operasi Tahap Tinggi” dan merujuk kepada jam tangan pintar dengan sokongan untuk aplikasi pihak ketiga. Fitness tracker ringkas atau gelang tangan pintar yang murah tidak tersenarai.

Berkaitan

  • "CCTV" Rumah Kini Boleh Dilihat Secara Langsung Melalui Peranti Galaxy Watch
  • Apple Watch Gen-1 Kini Produk Usang, Tapi Berpotensi Bernilai Ratusan Ribu Ringgit
  • HUAWEI Watch GT 4 Dilancar Bersama Watch Ultimate Design Dengan Harga RM13,999
  • Honor Watch 4 Pro, Jam Tangan Pintar Dengan Ketahanan 10 Hari
  • Jam Tangan Pintar Atau 'Fitness Tracker'? Ini 5 Perbezaannya

1. Apple Watch

Apple masih dapat mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran disebabkan permintaan terhadap Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2 mengalami sedikit peningkatan. Sebanyak 45% bahagian pasaran yang dikuasai oleh mereka. Selain itu, Apple Watch SE 2 turut menyumbang kepada peningkatan pasaran.

2. Samsung Galaxy Watch

Jualan Samsung Galaxy Watch telah jatuh sebanyak 19% yang mengurangkan bahagian pasaran Samsung daripada 24% kepada 18%. Namun, Galaxy Watch 6 Classic dilaporkan sangat laku sekali gus meningkatkan purata harga jualan bagi Galaxy Watch.

3. Huawei Watch

Huawei Watch berada di tempat ketiga dengan penguasaan pasaran sebanyak 14%. Gergasi teknologi China itu menghantar 122% lebih banyak  jam tangan pintar HLOS pada suku ketiga 2023 berbanding suku yang sama tahun lepas. Antara model yang menyumbang kepada peningkatan jualan adalah Huawei Watch 4, Watch 4 Pro dan Watch GT 4.

3 Jenama Yang Pegang Pasaran Jam Tangan Pintar Suku Ketiga 2023

Sumber: counterpointresearch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY