Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Headphone ANC Bawah RM100

3 Headphone ANC Bawah RM100

Diterbitkan Oktober 13, 2026 · Dikemas kini Oktober 13, 2026 oleh Iskandar Afiq Shaharuddin

Pada artikel yang lepas, saya telah menulis tentang tiga headphone ANC pada harga bawah RM200. Tetapi, mungkin ada yang sedang berhadapan dengan kekangan duit, bukan? Jangan risau, saya ada untuk menyelamatkan dompet anda.

Saya telah menjumpai tiga headphone ANC bawah RM100 yang pasti akan menepati hajat anda: Ada ANC, hayat bateri lama, boleh dilipat, dan talaan bunyi yang bassy.

UGREEN HiTune Max5c

ugreen hitune max5c no background

Bermula dengan headphone paling murah dalam senarai ini, harga asal UGREEN HiTune Max5c adalah sekitar RM90-110, tetapi harganya juga mampu turun serendah RM65 di Shopee.

Pada tanda harga semurah ini, apa sahaja yang anda dapat? Banyak.

Entah bagaimana, UGREEN mampu memberikan pembatalan hingar aktif (ANC), mod transparency, hayat bateri sehingga 75 jam apabila mod ANC dimatikan, dan codec Bluetooth LDAC. Tetapi, ia pasti ada kekurangan.

Bermula dengan ANC, ia bukanlah yang terbaik. Berdasarkan pengalaman saya menggunakannya (saya meminjam headphone adik saya), ia mampu membatalkan 40-50% bunyi sekeliling. Jadi, ia mencukupi untuk mengasingkan diri anda daripada dunia.

Bab mod transparency pula, ia boleh membuatkan anda sedikit peka dengan persekitaran, tetapi jangan harapkan kualiti seperti AirPods Max. Ini kerana suara sekeliling masih lagi agak tenggelam, jadi anda masih perlu membuka headphone untuk bercakap dengan kawan anda di sebelah. Apa pun, ia mencukupi.

Terdapat sokongan aplikasi UgreenAudio. Jadi, apabila anda memuat turun aplikasi ini, ia akan membuka lebih banyak ciri lain seperti 3d spatial audio, multipoint (sambung ke dua peranti serentak), dan mod gaming.

Masuk ke kualiti bunyi pula, ia memang bassy out of the box. Walaupun headphone ini tidak menyokong penalaan bunyi secara terperinci melalui equalization (EQ), ia sudah mencukupi jika anda minat bass yang banyak. Boleh sahaja tukar preset bunyi dalam aplikasi jika anda mahu.

Cirinya tidak terhenti di situ kerana ia menyokong mod pendengaran secara berwayar melalui port USB-C. Cuma, anda perlu menggunakan kabel USB-C ke USB-C untuk menggunakan mod ini. Walaupun ia tiada sambungan 3.5mm headphone jack, saya rasa kebanyakan pengguna tidak berapa kisah kerana majoriti telefon pada masa kini tiada headphone jack juga.

Melalui port USB-C itu juga, headphone ini boleh dicas semula dengan pantas. Cas selama 5 minit, ia mampu bertahan sehingga 5 jam. Memang padu.

Jika anda rasa headphone ini menepati cita rasa anda, boleh semak harga di sini:

Harga Ugreen HiTune Max5c di Malaysia

ugreen studio max5s no background
UGREEN Studio Max5s.

Katakanlah anda mempunyai bajet lebih sedikit, anda juga boleh mencuba UGREEN Studio Max5s yang berharga RM117.

Harga UGREEN Studio Max5s di Malaysia

Baseus Bass BH1 NC Lite

Baseus Bass BH1 NC Lite no background

Headphone kedua adalah Baseus Bass BH1 NC Lite. Harganya adalah sekitar RM78-90.

Dari segi reka bentuk, ia sangat mirip abangnya, Baseus EH10 NC. Cuma, Baseus Bass BH1 menggunakan lapik jenis kulit tiruan di bahagian headband berbanding lapik jenis mesh pada abangnya.

Dari segi ciri pula, ia sangat simple: ANC, sokongan aplikasi Baseus (multipoint, mod gaming), hayat bateri sehingga 80 jam dalam mod ‘Standard’, dan talaan bunyi yang bassy (‘bass’ itu sebahagian daripada namanya).

Untuk menjadikan headphone ini ‘Lite’, terdapat beberapa ciri yang dikorbankan. Jadi, ia tiada codec Bluetooth LDAC, mod transparency, dan mod pendengaran berwayar melalui port USB-C.

Tetapi, ia masih lagi sokong preset bunyi yang boleh diakses dalam aplikasi Baseus. Boleh sahaja tukar sedikit talaan tetapi tidaklah secara terperinci.

Jika anda benar-benar hanya mahukan bunyi yang bassy dan ada ANC, headphone ini untuk anda.

Harga Baseus Bass BH1 NC Lite di Malaysia

Cuma, jika anda mampu bersabar, saya mencadangkan anda untuk tunggu sehingga Baseus EH10 NC turun harga serendah RM95. Headphone itu ada LDAC, mod pendengaran berwayar melalui port USB-C, dan keselesaan yang lebih baik.

Harga Baseus EH10 NC di Malaysia

SoundPEATS Space Lite

soundpeats-space-lite no background

SoundPEATS Space Lite adalah headphone yang lain daripada lain kerana reka bentuknya jenis on-ear (headphone tekap telinga dan tidak menutup sepenuhnya). Harganya boleh turun serendah RM88.

Walaupun menggunakan reka bentuknya sebegitu, ia masih lagi dilengkapi dengan ciri ANC dan mod transparency. Jangkaan saya adalah prestasi ANC headphone ini mungkin bukan luar biasa disebabkan reka bentuk on-ear. Namun, ia sepatutnya mampu mengurangkan sekitar 30% bunyi dari persekitaran anda. 

Sama seperti headphone Baseus, model ini tidak menyokong LDAC, tetapi ia menyokong aplikasi SOUNDPEATS. Melalui aplikasi tersebut, anda boleh mendapatkan ciri-ciri tambahan seperti multipoint, mod gaming, dan sound preset atau EQ.

Mengenai kualiti bunyi, ia pastinya mengutamakan bunyi yang bassy, tetapi disebabkan reka bentuknya, bass-nya mungkin tidak sekuat headphone lain dalam senarai ini. Walau bagaimanapun, anda boleh melaraskan tetapan bunyi dalam aplikasi untuk mendapatkan bass yang lebih kuat.

Headphone ini juga menyokong audio USB-C melalui port USB-C apabila menggunakan kabel USB-C ke USB-C. Selain itu, ia mempunyai jangka hayat bateri yang cukup lama, iaitu sehingga 45.5 jam jika ANC dimatikan.

Ia merupakan pilihan yang sangat baik jika anda tidak mahu headphone yang menutup telinga sepenuhnya, tetapi masih mahukan ciri ANC.

Boleh semak harga SoundPEATS Space Lite di sini:

Harga SoundPEATS Space Lite di Malaysia

Itulah tiga headphone bawah RM100. Jadi, jika anda ada bajet, anda boleh pertimbangkan headphone dalam senarai ini. Apa-apa pun, ingatlah untuk menjaga pendengaran anda dan jangan dengar lagu kuat sangat. Selamat memilih.

Berkaitan

  • 4 IEM Terbaik Bawah RM100
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
  • COROS PACE 4 Pro Dilancar 21 Oktober Ini, Skrin Lebih Besar, Bateri Tahan Lama
©2026 WISER.MY