Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Gergasi Kamera Lawan Foto Palsu Dengan Teknologi Kamera Baharu

3 Gergasi Kamera Lawan Foto Palsu Dengan Teknologi Kamera Baharu

Diterbitkan Januari 3, 2024 · Dikemas kini Januari 3, 2024 oleh ariff bukhari

3 syarikat gergasi kamera, Nikon, Sony Group dan Canon dilaporkan sedang membangunkan teknologi kamera yang membenamkan tandatangan digital dalam imej supaya ia boleh dibezakan daripada foto palsu yang semakin canggih seperti foto janaan kecerdasan buatan (AI).

Tandatangan digital tahan gangguan itu akan merangkumi maklumat seperti tarikh, masa, lokasi dan jurugambar.

Perikatan organisasi berita global, syarikat teknologi dan pembuat kamera telah melancarkan alat berasaskan web yang dipanggil Verify untuk menyemak imej secara percuma.

Jika imej mempunyai tandatangan digital, Verify akan  memaparkan tarikh, lokasi dan bukti kelayakan lain.

Tetapi jika imej telah dibuat dengan kecerdasan buatan atau dimodifikasi, Verify akan menandakannya sebagai mempunyai “Tiada Bukti-Bukti Kandungan”.

Tandatangan digital kini berkongsi standard global yang digunakan oleh Nikon, Sony dan Canon di mana 90% pasaran kamera global dikuasai oleh syarikat Jepun.

Nikon akan menawarkan teknologi pengesahan untuk wartawan foto dan profesional lain menerusi kamera mirrorless mereka

Sony akan mengeluarkan teknologi itu pada musim bunga 2024 untuk menggabungkan tandatangan digital ke dalam tiga kamera SLR mirrorless gred profesional melalui kemas kini perisian tegar (firmware).

Syarikat itu sedang mempertimbangkan untuk menjadikan teknologi itu serasi dengan video juga.

Canon pula akan mengeluarkan kamera dengan ciri serupa seawal 2024. Syarikat itu juga sedang membangunkan teknologi yang menambah tandatangan digital pada video.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • 3,000 Kad TNG NFC Percuma Untuk Pendaftaran Awal PADU
  • Ini Sebabnya Pengguna Disaran Daftar PADU Sebelum April

Sumber: Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY