Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
3 Earphone ‘Flathead’ Bawah RM40

3 Earphone ‘Flathead’ Bawah RM40

Diterbitkan Oktober 19, 2026 oleh Iskandar Afiq Shaharuddin

Dalam salah satu artikel lepas, saya telah menulis senarai berkenaan “4 IEM Terbaik Bawah RM100”. Mungkin segelintir daripada anda tidak suka akan sensasi telinga disumbat getah silikon pada IEM, bukan? Mungkin anda hanya mahukan earphone biasa yang tidak menyumbat lubang telinga anda.

Sebab itulah earphone jenis ‘flathead’ wujud. Untuk pengetahuan anda, ‘flathead’ ialah sejenis earphone semi in-ear yang leper. Ini bermaksud, ia tidak mempunyai getah silikon pada muncungnya dan ia tidak menyumbat telinga anda. Ia hanya tergantung di telinga anda.

3 Earphone ‘Flathead’ Bawah RM40
Sivga M200. Dari HiFiGo.
3 Earphone ‘Flathead’ Bawah RM40
Saya memakai TRN EMA.

Jangan terkeliru dengan earphone biasa. ‘Flathead’ sebenarnya lebih leper, berbanding earphone biasa yang mempunyai rekaan separa muncung.

apple earpods vs trn ema
Apple EarPods vs. TRN EMA.

Jadi, berikut adalah tiga ‘flathead’ bernilai bawah RM40 yang mempunyai kualiti bunyi mantap:

NiceHCK YDX

NiceHCK YDX transparent

Earphone pertama dalam senarai ini, iaitu NiceHCK YDX, bermula pada harga RM39 (bagi varian tiada mikrofon).

Earphone ini dilengkapi dengan pemacu dinamik 14.8mm, dan berdasarkan seorang pengguna di forum Head-Fi, earphone ini mempunyai profil bunyi jenis ‘V-shape’ (bass dan treble dinaikkan). Jadi, ia pastinya sesuai bagi pendengar mainstream dan penggemar bass. Cuma, disebabkan oleh reka bentuk jenis semi in-ear, anda mungkin akan merasakan ia kekurangan bass.

Untuk menangani masalah ini, NiceHCK menyertakan penutup span dalam pek pembungkusan untuk meningkatkan bass dan keselesaan.

Pada tanda harga ini juga, NiceHCK mampu memberikan wayar jenis boleh cabut (ada sambungan 2-pin 0.78mm pada earphone). Gerenti ia boleh tahan lama kerana wayar boleh sahaja ditukar jika ia rosak. 

Anda juga boleh menukar wayarnya kepada wayar dengan jenis sambungan USB-C jika anda tidak mahu menggunakan ‘adapter’ audio.

FiiO LS-TC1 transparent
Contoh wayar FiiO LS-TC1 dengan sambungan USB-C.

Sebenarnya, agak sukar untuk mendapatkan sepasang earphone flathead dengan wayar boleh cabut pada harga bawah RM40, menjadikan produk ini memang hebat.

Walau bagaimanapun, apa yang jelas adalah binaan plastik yang terasa murah, jadi anda masih lagi perlu berhati-hati ketika menggunakannya kerana mungkin ia mudah pecah. Tetapi, itulah cara NiceHCK menurunkan harga earphone ini, tanpa mengorbankan kualiti bunyi.

Satu lagi perkara yang anda patut tahu adalah ia kurang sesuai bagi mereka yang mempunyai telinga kecil. Jadi, berjaga-jaga ketika memilih.

Bagi saya, earphone ini dikira satu produk yang solid untuk kegunaan jangka masa lama.

Harga NiceHCK YDX di Malaysia

Jika anda mahukan earphone yang lebih murah, NiceHCK turut menghasilkan NiceHCK YD30. Cuma, bezanya adalah wayarnya tidak boleh dicabut, dan profil bunyi lebih kepada neutral. Pada tanda harga RM16.90, ia juga dikira satu pilihan yang solid.

NiceHCK YD30 transparent
NiceHCK YD30.

Harga NiceHCK YD30 di Malaysia

Moondrop Nice Buds

Moondrop Nice Buds transparent

Earphone kedua ialah Moondrop Nice Buds. Pada harga sekitar RM30-40, ia juga satu earphone yang menjangkaui harganya dari segi kualiti bunyi.

Dari pemacu dinamiknya yang bersaiz 15.4mm, ia memberikan profil bunyi yang bright (fokus kepada vokal) dan bass-light (kekurangan bass atau ada “roll-off” pada bass). Ini sesuai bagi mereka yang suka bunyi vokal yang intimate atau dekat pada telinga.

Screenshot 2026-10-19 112615
Graf bunyi Moondrop Nice Buds. Dari laman squig.link.

Jika anda risau tentang kekurangan bass, Moondrop juga menyertakan penutup span dalam pek pembungkusan untuk menambahkan bass dan meningkatkan keselesaan.

3 Earphone ‘Flathead’ Bawah RM40
Penutup span disertakan dalam pek pembungkusan. Gambar dari laman rasmi Moondrop.

Satu kekurangan yang jelas adalah wayarnya jenis kekal, jadi ia tidak boleh dicabut dan ditukar jika rosak. Binaannya juga diperbuat daripada plastik. Maka, berhati-hati ketika menggunakan earphone ini.

Tetapi, pada tanda harga ini, ia masih lagi satu pilihan yang baik.

Harga Moondrop Nice Buds di Malaysia

TRN EMA

TRN EMA transparent

Walaupun harga TRN EMA adalah paling murah, iaitu sekitar RM26-31, ia mempunyai binaan aloi aluminium yang membuatkannya rasa lebih premium berbanding yang lain.

Dengan pemacu dinamik 14.2mm dalam earphone ini, ia mampu menghasilkan profil bunyi yang neutral dengan sedikit “mid bass bump“.

Screenshot 2026-10-19 112453
Graf bunyi TRN EMA. Dari laman squig.link.

Seperti earphone lain, penutup span juga disertakan dalam pek pembungkusan untuk menambah bass dan meningkatkan keselesaan. Sebagai salah seorang pengguna earphone ini, saya merasakan bahawa ia sesuai bagi mereka yang mempunyai telinga kecil kerana saiznya terasa padan dan cukup selesa pada telinga saya yang kecil ini.

Sama seperti NiceHCK YDX, wayar earphone ini juga boleh dicabut dan digantikan dengan wayar lain jika rosak. Tetapi, disebabkan binaannya yang lebih kukuh, ia dikira “all-rounder” dalam senarai ini kerana ia pasti boleh tahan lebih lama.

Harga TRN EMA di Malaysia

Kini, anda telah tahu earphone jenis ‘flathead’. Jadi, belilah earphone murah yang berkualiti berbanding earphone jenama pelik-pelik di Shopee.

Berkaitan

  • 4 IEM Terbaik Bawah RM100
  • 3 Headphone Jenis Retro Terbaik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Rekod 5,333 Ketidakpatuhan Standard Mandatori Liputan Telekomunikasi - Teo
  • Reka Proton e.MAS Impian Guna AI, Pengguna Berpeluang Miliki Model 3D Rekaan Sendiri
  • 2 Fon Telinga Baharu CMF Kini Di Malaysia, Harga Dari RM129
  • Dua Palet GPU RTX 5090 Dianggarkan Bernilai RM2 Juta Dilapor Hilang Sebaik Tiba Di Lapangan Terbang Brazil
  • OPPO Perkenal Masterclass, Tawar 60 Sesi Bengkel Fotografi Di Malaysia
  • Uruguay Cuba Penggunaan Kad Merah Dan Kuning Elektronik
  • Syarikat Infrastruktur AI Singapura Berhasrat Bangunkan Sehingga 500MW Kapasiti Pusat Data Baharu Di Malaysia
©2026 WISER.MY