Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (1)

2 Game Ini Dengan Skor Lebih 4 Bintang Sedang Percuma Untuk Masa Terhad

Diterbitkan Ogos 13, 2025 · Dikemas kini Ogos 13, 2025 oleh ariff bukhari

JIka anda sedang mencari permainan baharu bagi mengisi masa lapang anda, apa kata anda dapat 2 judul permainan ini sekarang.

Malah lebih berbaloi kerana 2 judul permainan ini sedang diberikan secara percuma untuk masa terhad.

2 Permainan itu adalah Road Redemption (RM38) dan 112 Operator (RM49.99).

Road Redemption

Untuk permainan ini, anda perlu nyatakan umur anda kerana ia agak ganas.

Road Redemption membolehkan anda mengetuai kumpulan penunggang motosikal dalam perjalanan epik merentasi negara dalam pengembaraan jalan raya yang penuh dengan pertempuran ini. Road Redemption berlaku di dunia pasca-apokaliptik, yang diperintah oleh seorang diktator yang kejam.

Road Redemption boleh dimainkan di platform Windows dan macOS.

2 Game Ini Dengan Skor Lebih 4 Bintang Sedang Percuma Untuk Masa Terhad
2 Game Ini Dengan Skor Lebih 4 Bintang Sedang Percuma Untuk Masa Terhad

112 Operator 

112 Operator pula adalah permainan simulasi yang memerlukan anda uruskan perkhidmatan kecemasan di mana-mana bandar di dunia.

Anda akan menjadi operator kecemasan dan terima panggilan dan menghantar pasukan penyelamat bagi membantu orang yang menghadapi bencana dan bencana alam.

Visualisasi 3D penuh akan memberikan anda pandangan tentang tindakan unit yang anda hantar.

112 Operator hanya boleh dimainkan di platform Windows sahaja.

2 Game Ini Dengan Skor Lebih 4 Bintang Sedang Percuma Untuk Masa Terhad

Jadi, jom dapatkan kedua-dua permainan ini sekali gus yang menerima skor lebih 4 bintang dari pemain di Epic Games Store di bahagian Permainan Percuma.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Microsoft Ramal Windows 2030 Tidak Perlu Tetikus Dan Papan Kekunci
  • Starbucks Korea Kini Larang Pelanggan Bawa Monitor, Pencetak Dan Penghadang Meja Ke Kedai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY