Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Starbucks Korea Kini Larang Pelanggan Bawa Monitor, Pencetak Dan Penghadang Meja Ke Kedai

Starbucks Korea Kini Larang Pelanggan Bawa Monitor, Pencetak Dan Penghadang Meja Ke Kedai

Diterbitkan Ogos 12, 2025 · Dikemas kini Ogos 12, 2025 oleh ariff bukhari

Starbucks Korea baru-baru ini terpaksa mengeluarkan notis yang meminta pelanggannya untuk tidak membawa peralatan pejabat besar seperti komputer meja, pencetak, penyambung kabel elektrik, atau penghadang meja seperti pejabat ke dalam kedai kopi mereka.

Langkah ini dibuat susulan trend “cagongjok” (kerja atau belajar di kafe untuk jangka masa lama) yang semakin popular di Korea Selatan, menyebabkan sesetengah pelanggan menjadikan  kedai Starbucks seperti ruang pejabat peribadi, lengkap dengan penghadang lipat.

Polisi baharu ini bertujuan memastikan pengalaman kedai yang selesa dan mudah diakses dengan hanya membenarkan penggunaan komputer riba dan peranti peribadi kecil sahaja.

Pelanggan juga diminta membawa barangan jika meninggalkan meja untuk tempoh yang lama dan berkongsi meja besar dengan pelanggan lain.

Korea Selatan merupakan pasaran ketiga terbesar Starbucks selepas AS dan China, dengan lebih 2,000 cawangan.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • (Video) EV BYD Dipanah Petir 3 Kali Berturut-Turut Di China
  • CelcomDigi Tawar FTTR Percuma, Pas Internet Murah Sempena Hari Kebangsaan

Sumber:  Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY