"123456" Adalah Kata Laluan Yang Paling Kerap Digunakan

Kata laluan merupakan ciri paling asas sebelum boleh mengakses sesebuah platform yang mengandungi data-data pengguna. Walaupun begitu, sebahagian pengguna memandang remeh perkara ini dengan memilih kata laluan yang mudah.

Menerusi kaji selidik yang dilakukan oleh seorang pelajar kejuruteraan komputer, Ata Hakçıl, "123456" merupakan kata laluan paling kerap digunapakai. Kajian tersebut telah dijalankan oleh Hakçıl menggunakan timbunan data dari kebocoran yang berlaku di pelbagai syarikat sebelum ini.

Dikatakan data-data tersebut mudah diperolehi secara dalam talian seperti GitHub dan juga disebarkan menerusi forum penggodam serta portal perkongsian. Melibatkan lebih dari 1 bilion set data, lebih dari 7 juta kata laluan hanyalah "123456".

Dalam kajian itu juga, Hakçıl mendapati purata panjang kata laluan adalah sekitar 9.4822 aksara. Selain itu, ciri-ciri lain pada kata laluan yang ditemui oleh beliau seperti hanya 12.04% mempunyai aksara istimewa dan 28.79% hanya mengandungi huruf sahaja.

Sumber: GitHub via ZD Net